Gaya Hidup
13 Tahun Bersama, Aksi Kucing Setia Tunggu Tepi Jenazah Tuan Meruntun Hati Netizen
Seekor kucing mencuri perhatian netizen apabila ia berdiri di sebelah tuannya yang telah meninggal dunia.
Beberapa keping foto dikongsi seorang gadis bernama @nurlyliamalek di ruangan Twitter miliknya.
Menurutnya, kucing dengan nama Messi itu setia menunggu di sebelah bapa saudara Iylia yang sudah meninggal dunia.
Menurut Iylia, Messi tidak mahu makan malah tetap setia menunggu seperti mana bapa saudaranya menjaga Messi semenjak 13 tahun lalu.
Di ruangan komen, netizen turut sama-sama bersedih melihat keadaan Messi dan turut menyampaikan ucapan takziah pada gadis tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata netizen yang pernah membela kucing turut berkongsi cerita mereka dimana kucing sememangnya akan bersedih dan patah hati apabila kehilangan tuannya.
Malah, ada yang turut menasihati gadis itu untuk menjaga kucing arwah bapa saudaranya dengan baik kerana ada kemungkinan Messi juga akan mati tidak lama lagi, mengikut jejak langkah tuannya.
Ketika artikel ini ditulis, tweet gadis itu mendapat lebih 6,000 retweet.