Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

13 Tahun Hidup Terseksa, Zahnita Wilson Mahu Keluar Dari Detik Hitam - “Saya Rasa Seperti Hamba…”

Asyraf Roslan 06/12/2024 | 02:55 MYT
Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson berkata selama ini dia bertahan dalam rumah tangga kerana mengharapkan Abd Zackery Ghouse Abd akan berubah menjadi seorang suami yang lebih baik.
Menurut Zahnita, di usia yang masih muda ketika itu dia meletakkan harapan itu selain bertahan demi anak-anaknya.
"Saya ambil keputusan untuk tinggalkan rumah saya dan teruskan dengan perceraian saya.Dia telah ditahan selama tiga hari, dan saya agak risau apa yang akan terjadi selepas tiga hari. saya serahkan kepada takdir Allah.
"Saya bertahan sebab anak-anak. lagipun saya masih muda pada ketika itu, jadi saya sentiasa harapkan dia akan berubah, saya fikirkan semuanya akan menjadi lebih baik namun sebaliknya,” katanya ketika ditemu bual dalam program hiburan.
Namun selepas 13 tahun terseksa, Zahnita merasakan dia tidak lagi boleh mendiamkan diri dan harus menegakkan haknya sebagai seorang isteri serta ibu kepada anak-anaknya.
“Selepas 13 tahun baru saya sedari situasi yang saya lalui dan manusia jenis apa yang saya hadapi. Jadi ia menjadi sangat sukar buat saya untuk dedahkan perkara ini kepada orang ramai.
"Saya terpaksa buat untuk memastikan diri saya selamat selain memberitahu kepada orang ramai yang sebenarnya saya dalam masalah. Saya perlukan pertolongan, saya tak boleh terus berdiam.
"Ia sudah terlalu lama saya sorokkan perkara ini. tapi saya tiada pilihan jadi saya harus failkan perceraian dan tegakkan hak saya dan anak-anak. Ia tidak baik untuk saya biarkan anak saya rasai apa yang saya lalui,” ujarnya.
Pada masa sama, Zahnita juga memberitahu suaminya itu pernah berjanji untuk berubah namun semuanya hanya dusta.
Pelakon Kuliah Cinta itu juga mendedahkan dia pernah menghadapi Slip Disc kerana tekanan yang dihadapinya.
"Ada pernah, tahun lepas paling kerap dia memberikan kata-kata kesat. Saya pernah kena slip disc kerana tekanan yang saya hadapi.
"Dia akan minta maaf, janji tak akan buat lagi namun esok semuanya berubah. Saya rasa seperti hamba, dan saya berfikir kenapa dia buat saya macam ni. Saya tak nak lihat kebelakang hanya mahu fokus kepada masa hadapan,” tambahnya.
Zahnita juga menasihatkan kepada wanita yang mempuyai nasib yang sama denganya agar tidak berputus asa untuk mencari jalan keluar dan jangan mempercayai lelaki yang pernah menaikkan tangan kepada isteri mereka.
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan Zahnita yang mendakwa telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Dakwaan itu dibuat selepas Zahnita berkongsi matanya lebam seperti dipukul.
Sekadar info, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.
#Zahnita Wilson #Penderaan #Abd Zackery Ghouse Abd
;