UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

13 Tahun Menghilang! Mamat Mahu Kumpul Momen Indah Bersama Shuib

Ernalisa 28/01/2025 | 09:25 MYT

Pelawak, Mamat Sepah meluahkan rasa syukur apabila akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama rakan baiknya yang juga pelawak, Shuib pada syawal ketiga tahun ini.

BERITA BERKAITAN: Mahu Eratkan Ukhuwah Dengan Anak-Anak, Shuib Rancang Ada Zuriat Dengan Watie - "Ini Masa Yang Sesuai Untuk ..."

BERITA BERKAITAN: Nama Makin Popular, Thalita Dedah Layanan Rakan Sebaya Mula Berubah - “Memang Saya Kena Palau…”

Jelas Mamat, momen itu akan menjadi satu momen terindah buatnya selepas 13 tahun menghilang.
“Saya pernah menghilang selama 13 tahun dan saya memang tiada momen pun bersama Shuib termasuk pergi cuti bersama.
"Sehinggalah Shuib beritahu impian dia nak pergi ke tanah suci bersama. Dalam hati saya, kalau saya dapat pergi dengan dia, inilah waktu kemuncak persahabatan saya dengan Shuib.
"Kali ini saya mahu jaga betul-betul persahabatan saya dengan dia,masing-masing sudah tua jadi tiba masa untuk saya perbaiki diri saya sendiri," katanya
Mamat berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri majlis menandatangi kontrak antara Shuib dan Mamat bersama Nuh Travel & Tours di pejabat Nuh Travel & Tours pada Selasa.
Shuib pula berkata, Mamat adalah kawan yang sangat baik dan dikenalinya sebelum mereka bergelar artis.
Malah persahabatan mereka akan lebih indah jika apabila dapat meluangkan masa bersama di Tanah Suci.
“Saya sudah berkawan lama dengan Mamat, saya kenal dia sebelum jadi artis lagi saya ada di sini pun sebab kumpulan Sepah, cita-cita saya seorang budak kampung yang nak jadi artis, tapi alhamdulillah Allah izinkan sampai hari ini.

“Jadi bila dapat bersama dia balik selepas 13 tahun kami ‘bercerai’ dan ada perselisihan faham, saya buat ‘podcast’ dan dia datang dan sekarang kami berjalan dan cari rezeki bersama-sama.

“Saya nampak ada sesuatu yang istimewa antara kami bila kami ke Makkah dan Madinah nanti. Saya pun bukanlah tiada kawan tapi tak ramai yang betul-betul baik sangat susah,” katanya.
Shuib memberitahu, mamat antara sahabat terbaik yang pernah ditemui.
“Ini adalah masa untuk persahabatan kami, iyalah kami pun sudah masuk 40-an. Betullah orang cakap kehidupan mula pada usia 40 tahun, jadi harap permulaan ini adalah lebih baik buat kami.

“Saya pergi umrah sebelum ini pun bersama keluarga, dan kali ini istimewa sebab saya bersama kawan baik saya. Itulah sebab saya pergi umrah baru-baru ini pada November lalu, saya terlintas dalam hati seronoknya kalau ada Mamat,” katanya.
Sebelum ini, Mamat dan Shuib pernah ditawarkan untuk menjadi duta sebuah syarikat pelancongan.
Namun mereka membuat keputusan untuk menarik diri kerana tidak mahu terpalit dengan sebarang kontroversi pada kemudian hari.
#Shuib #Mamat #Momen #Mahu #dengan #kumpul
;