gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bella Sebak, Syukur Dikurniakan Anak Seperti Ayden - “Ayden Mengajar Mummy Apa Itu Erti Cinta Yang Sebenar”
HIBURAN
“Saya Tak Kutuk Pun, Cuma Nasihat…” – Isu Tiada ‘Killer Song’, Man Bai Dah Jumpa Aina Abdul, Hubungan Kekal Baik
HIBURAN
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

132 Rumah Di Sik Bakal Terima Air Bersih

Amri Hassan
Amri Hassan
04/08/2022
09:45 MYT
Sponsor Banner
132 Rumah Di Sik Bakal Terima Air Bersih
Yayasan Ikhlas cawangan Alor Setar dalam fasa akhir pembinaan telaga tiub air di Kampung Tanah Hitam Sik, Kedah. Projek ini bakal menyalurkan air bersih melalui pemasangan paip agihan kepada 270 orang penduduk.
Projek Air Bersih yang dijalankan di Tanah wakaf perkuburan Islam Kampung Tanah Hitam, Mukim Sik. Tanah ini adalah di bawah hak milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Pengarah Perhubungan Awam Yayasan Ikhlas Ir Kamaruddin Kassim berkata, pembinaan telaga tiub dengan menggunakan sistem hibrid air bawah tanah dan air bukit di atas tanah hak milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah berkeluasan 13,308 itu bakal disalurkan kepada 270 isi rumah untuk kegunaan harian.
"Kita bekalkan kepada 132 keluarga disini dengan kapasiti 51,000 liter, alhamdulillah proses penggalian telaga telah selesai.
"Penduduk kampung di sini rata-ratanya mempunyai berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka menjalankan aktiviti pertanian seperti menorah getah ke hutan mencari rotan, dan segelintirnya pula menjadi pekerja pembinaan dikawasan sekitar tempat tinggal mereka," katanya.
Dalam masa yang sama, Projek Air Bersih akan dilaksanakan di beberapa lagi kawasan mengikut dana sumbangan yang dikumpulkan antaranya di kawasan Baling, Pitas sabah, Pekan pahang, dan Kampung Keniong, Simunjan Sarawak.
Yayasan Ikhlas adalah NGO yang menjalankan Projek Air Bersih menggunakan teknologi Hibrid. Pihak kami ingin mengajak seluruh masyarakat Malaysia turut serta menyumbang bagi Projek Air Bersih ini supaya ramai lagi penduduk pedalaman menerima manfaat hasil dari sumbangan anda.
Bagi anda yang ingin menyumbang sila layari bit.ly/AirBersihSik atau menyumbang melalui Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: Projek Air Bersih)
Topic Berkaitan
#Viral
#Berita
#Kedah
#Sik
#Air Bersih
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement