Hiburan
“14 Tahun Dah Cantik Macam ni” – Sambut Ulangtahun, Anak Dara Abby & Norman Terima Pujian Netizen
Anak kepada pasangan aktor Norman Hakim dan bekas isteri, pelakon Abby Abadi, Marissa Dania meraikan ulang tahunnya yang ke-14 semalam.
Menerusi Instagram Norman, dia sekeluarga menyambut sambutan hari jadi anaknya itu dan tidak ketinggalan memberikan ucapan yang manis di ruangan kapsyennya.
“Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-14 cenonet cantik papa. Terima kasih sebab terima papa seadanya dan sentiasa bagi papa peluang untuk jadi papa yang terbaik.
“Adik adalah dunia papa, pembawa rezeki dalam hidup papa bersama dengan adik-beradik yang lain dengan izin dari-NYA. Papa sayang adik sangat sangat more words and infinity," tulis Norman lagi.
Rata-rata netizen terharu dengan ucapan Norman buat anaknya dan pada masa yang sama, memuji kecantikan Marissa.
Ramai yang terpaku dengan kecantikan dan kelembutan wajah Marissa yang kini berusia 14 tahun.
"@kristal_biru: Cantik giler kot Marissa ni. Kecik nampak biasa je. Tak sangka grown up macam beautiful swan."
"@sharisma412: Baru 14 tahun ke form 2 ingat dah form 5. Sebab nampak matang dan pandai make up semua."
"@khai_nia.112: Cantik macam mama dia."
"@siti_soleha_marta: Masya-Allah cantiknya Marissa. Suka tengok family abang Norman ni."
Terdahulu, Marissa pernah viral di laman sosial kerana memiliki wajah yang cantik malah tampak matang dari usia.
Marissa sehingga kini mempunyai 177,000 pengikut di laman Instagram.
Must-Watch Video