Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

15 Sebab Filem Beauty And The Beast Patut Diharamkan Di Malaysia

Syafiqah Jalal
17/03/2017 04:36 MYT
Disney membatalkan tayangan Beauty And The Beast di Malaysia selepas dikenakan syarat penapisan 'gay moment' dalam filem itu.

Bagi meminat kisah dongeng itu, timbul pelbagai reaksi dan persepsi yang membantah tindakan tersebut.

Berikut disenaraikan 15 alasan netizen yang menyokong tayangan filem Beauty And The Beast dan 15 pandangan daripada seorang pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Ahmad Farami Abdul Karim, mengapa karya itu patut diharamkan.

1) "Kalau ada adegan bunuh dan rompak, hang akan ban filem tu jugak ke? Bukankah itu pun langgar undang undang???"

Farami: Boleh ada adegan bunuh dan rompak. Tapi dalam etika dan garis panduan penyiaran, perlu ada 'poetic justice' (yang jahat dihukum setimpal atau ada keinsafan hujung cerita dan paparan pembunuh serta perompak harus negatif).

Tapi gay dalam cerita Hollywood diraikan. Cerita gay selalunya menang award. Skrip Hollywood simpatetik terhadap watak gay. Masyarakat disuruh insaf dan menerima homoseksualiti.


2. "Ombak Rindu ada rogol boleh pulak lepas wayang"

Farami: Ini falasi 'false comparison'. Dua filem berkenaan perlu dinilai berdasarkan merit masing-masing. Adanya rogol dalam filem Melayu BUKAN justifikasi untuk abaikan homoseksualiti B&B. Sekiranya satu dapat diatasi, kesannya lebih baik berbanding membiarkan kedua-duanya.


3. "Bestiality (hubungan seksual dengan haiwan) dan Stockholm Syndrome (jatuh cinta dengan penculik) dalam Beauty and the Beast boleh pulak"

Farami: 'False comparison. Kalau ada adegan 'bestiality', ia juga akan ditapis seperti 'gay moment'.


4. "Just ade satu character dalam tu openly gay and tertarik dgn watak lelaki..itu saje ... walhal bukan aksi lucah pun"

Farami: Lucah tak semestinya eksplisit. 'Gay moment', idea homoseksualiti, pandangan dan sentuhan 'suggestive' dalam B&B juga lucah (indecent) berdasarkan sensitiviti tempatan.


5. "Tak payah tengok kalau tak suka"

Farami: Walaupun ada ahli masyarakat yang tak tengok, penerimaan 'gay moment di pawagam (domain awam) tetap memberi signal homoseksualiti adalah 'socially acceptable'.


Kredit foto: AP

6. "Nk sekat2 mcm la org x blh tgk online"

Farami: Tengok online, itu private domain. Tanggungjawab sendiri. Tapi dalam public domain, ada pertimbangan lain. Ada implikasi sosial dan budaya. Maka, perlu ada kawalan.


7. "Benci aku mysia ni,senstitif sangat bila nak majunya adoiiyaoi"

Farami: 'Maju' dengan menerima 'gay moment' di domain awam? Maju bermaksud celik norma etika tempatan, mampu menilai dengan kritis propaganda & normalisasi LGBT. Maju, bila bebas daripada penjajahan budaya.

Kredit foto: NBC

8. "Takut terpengaruh, iman senipis bawang ke?"

Farami: 'Resistance' terhadap normalisasi LGBT didorong iman yang belum menipis dalam komuniti.


9. "Homoseksualiti dah lama dalam masyarakat. Apa kaitan dengan filem??"

Farami: Memang dah ada lama dah, sejak zaman Nabi Luth A.S. Tapi, homoseksualiti cuba dinormalisasi melalui filem kontemporari. Ini menyebabkan 'desensitisation' (cair sensitiviti) masyarakat terhadap penyimpangan LGBT.

Fikirkan juga tentang kesudahan kaum Nabi Lut.


10. "The world has moved on and it's time we equip our young children with the facts of life of this present day and age."

Farami: Kita perlu sama 'move on', walaupun ke arah yang salah? Ada hadith sahih menggesa tidak meniru mereka, 'moving on' bersama mereka sejengkal demi sejengkal.

Kita ada pegangan nilai tersendiri yang jelas dan bersifat tetap.


11. "Bodoh lah nak sekat".

Farami: Cerdik, sebab ambil kira sensitiviti majoriti, dan kesan jangka masa panjang. Bodoh, bila utamakan Emma Watson berbanding maslahah awam.


12. "Effeminate male characters in Malaysian movies/dramas made the cut but a "gay" scene from an innocent classic must be removed"

Farami: 'Effeminate' (lembut) tak semestinya amalkan homoseksualiti. Dalam B&B, wataknya 'openly LGBT', jelas seorang gay. LGBT adalah orientasi seksual dan gaya hidup, bukan sekadar sifat "lembut".


13. "I hope malaysia will be open-minded enough to let it be shown"

Farami: Perlu 'open minded' untuk faham etika relativisme budaya - apa yang biasa di Amerika Syarikat (AS) tak semestinya dapat diterima di sini. Di AS sendiri, pawagam di Alabama boikot B&B. Jangan kita lebih sudu daripada kuah.


14. "Our self-appointed guardian of morality -- the Censorship Board. They think they're doing the parents a favour, not realising they're a bit behind time."

Farami: Your liberal parental sensibilities are insignificant. Kalau Censorship Board tak buat kerja, majoriti ibu bapa akan persoalkan tanggungjawab moral agensi tersebut.


15. "Why some parents think their kids are easily swayed n influenced by movies?"

Farami: In sociology, kids learn/internalise values and cultural norms through mass media. Ini disebut 'socialization process'.



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: FB Ahmad Farami
#Hollywood #Filem #Hollywood #Beauty And The Beast #banned #Filem
;