Skip to main content

Trend Pasaran

15 Tahun Hidup Sebagai Perempuan, Remaja Terkejut Diri Sebenarnya Lelaki

astro_gempak_remaja-perempuan-taktahu-dia-lelaki_1.jpg

Seorang remaja di wilayah Jawa Barat terkejut apabila mendapati dirinya mempunyai alat sulit lelaki selepas 15 tahun hidup sebagai perempuan, lapor portal berita Must Share News semalam. 

 

Advertisement

Remaja dikenali sebagai TAP itu disahkan perempuan semasa lahir. Dia juga dibesarkan dengan pakaian perempuan seperti skirt dan tudung. 

 

Menurut ibunya, perwatakan lelaki TAP mula terserlah apabila dia aktif bermain bola sepak dan futsal di sekolah rendah. 

 

“Saya mula bimbang apabila anak saya tidak datang haid tetapi saya berfikiran positif kerana kakaknya datang haid semasa berumur 15 tahun,” kata ibu TAP. 

 

Semasa melakukan pemeriksaan fizikal, si ibu terkejut apabila kemaluan TAP kelihatan seperti lelaki. 

 

TAP segera dibawa ke pusat kesihatan untuk melakukan pemeriksaan pada Oktober lalu. 

 

Doktor mengesahkan bahawa remaja berkenaan merupakan seorang lelaki dan mempunyai kemaluan lelaki. 

 

Sumber: Kosmo

 

Must-Watch Video