Hiburan

"15 Tahun Mak Tinggalkan Orang... Rindu Mak." - Fazlina Ahmad Daud Terkenang Arwah Datin Saadiah

gempak
Badrul Hashim
26/02/2019
11:45 MYT
Sponsor Banner
"15 Tahun Mak Tinggalkan Orang... Rindu Mak." - Fazlina Ahmad Daud Terkenang Arwah Datin Saadiah
Mungkin ramai yang lebih mengenali kakaknya, Fauziah Dato' Ahmad Daud, tetapi Fazlina tidak kurang hebatnya dalam bidang lakonan.
Lahir dari keluarga seni, Allahyarham Dato' Ahmad Daud dan Datin Saadiah, Fazlina turut memenangi pelbagai anugerah sebagai pelakon terbaik.
Hari ini, 26 Februari, genap 15 tahun pemergian primadona Datin Saadiah.
"Di mana, kan ku cari ganti... mungkinkah di Syurga... 15 tahun mak tinggalkan orang. Rindu Mak, tulis Fazlina di satu entri bersama gambar ibunya.
"Semoga Mak tenang di sana. Tunggu orang tau.. Al-Fatihah.
Fazlina merupakan anak bungsu daripada tiga beradik, Fauziah dan Fazal.
Al-Fatihah untuk primadona Allahyarham Saadiah atau nama sebenarnya Satya Baharom.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024