,
Laman Utama

16 Lagu Tanpa Henti, Sule Hadir, Mahalini Curi Tumpuan - Ini 8 Momen Menarik Sepanjang Konsert Rizky Febian Live In KL

Azwa Rahman
22/10/2022
12:54 MYT
Konsert penyanyi R&B berbakat besar Rizky Febian berlangsung penuh meriah dengan kehadiran hampir 2,400 peminat memenuhi ruang Zepp, Kuala Lumpur.
Membawakan lagu-lagu ‘berhantu’ sejak permulaan kariernya dari tahun 2015, Rizky berjaya membuat persembahan yang cukup luar biasa sehingga membuatkan semua penonton puas.
Berkesempatan menghadiri konsert Rizky pada malam tadi, dapat kami simpulkan karya-karya yang dihasilkan oleh pemuda berusia 24 tahun itu sangat segar dan menjadi ingatan.
Di sini Gempak rangkumkan lapan momen menarik sepanjang satu jam setengah konsert Rizky Febian Live in Kuala Lumpur berlangsung malam tadi.
  1. Konsert bermula pada jam 8.30 malam dan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
  2. Bapa Rizky, pelawak dan pengacara Indonesia Sule turut hadir bagi memberi sokongan kepada Rizky. Adik beradiknya, Rizwan Adriansyach Sutisna dan Putry Delina Andriany Sutisna turut sama berada di sisi bapa mereka sewaktu konsert berlangsung.
  3. Beberapa selebriti terkenal Malaysia seperti Misha Omar, Dafi, Intan Najuwa dan Bella Astillah dilihat turut menghadiri konsert Rizky.
  4. Rizky turut mendedikasikan sebuah lagu berjudul Seperti Kisah untuk kekasih hatinya, Mahalini yang duduk sebaris dengan ahli keluarganya.
  5. Sebanyak 16 lagu dibawa penuh semangat oleh Rizky. Hampir semua lagu itu juga turut dinyanyikan bersama oleh penonton.
  6. Rizky mengenakan dua persalinan suit hitam dan sehelai kemeja putih sewaktu konsert berlangsung.
  7. Pasangan suami isteri meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan menghadiri konsert Rizky. Rizky sempat meluangkan masa bergurau bersama pasangan tersebut sehingga membuatkan dia nak berkahwin.
  8. Kelab peminat Rizky iaitu Rizfelous di Malaysia semangat beratur di hadapan pintu masuk lokasi konsert Zepp Kuala Lumpur sejak pagi bagi mendapatkan tempat di hadapan pentas.
Kredit Foto: Der Ahmad Sharu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Peminat Masih Suka Versi Asal 'Sampai Menutup Mata' Acha Septriasa, Nyanyian Mahalini Tak Cukup Rasa? - "Aku Lelaki Pun Boleh Nangis"

gempak
09/09/2024
06:55 MYT
Mahalini telah merakamkan kembali lagu Sampai Menutup Mata yang pernah dipopularkan oleh penyanyi dan pelakon, Acha Septriasa bagi runut bunyi filem Heart.
Hiburan

Lyodra Rasa 'Annoying' Bila Netizen Selalu Bandingkan Dengan Mahalini & Tiara Andini - "Tak Ada Komen Lain Ke?"

gempak
13/08/2024
05:55 MYT
Juara Indonesia Idol X, Lyodra Ginting memberi respon apabila netizen cuba untuk membuat perbandingan antara dirinya dengan Mahalini dan Tiara Ardini.
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
Hiburan

Rizky Febian ‘Buat Hidung’ Kerana Kesihatan Di Korea Selatan, Bagaimana Dengan Mahalini?

gempak
09/07/2024
11:58 MYT
Kekecohan mengenai penampilan baharu pasangan selebriti Mahalini dan Rizky Febian akhirnya terjawab.
Hiburan

Selain Mahalini, Rizky Febian Juga Ikut Buat Pembedahan Hidung

gempak
08/07/2024
00:55 MYT
Penampilan baharu penyanyi Indonesia, Mahalani Raharja di Funtastic Day 2024 yang berlangsung pada malam Sabtu meraih perhatian ramai.