16 Tahun Tunggu Money Not Enough 3, Mark Lee Lembut Hati Kembali Berlakon!
Amri Hassan
12/02/2024 11:44 MYT
12/02/2024 11:44 MYT
Pengarah siri filem popular, Money Not Enough, Jack Neo mendedahkan pelakon utama bersama, Mark Lee pernah menyuarakan hasrat untuk tidak berlakon lagi dalam naskhah komedi tersebut.
Kongsi Jack, sahabatnya berpendapat, selepas dua siri filem Money Not Enough, naskhah tersebut sudah dianggap klasik di hati peminat sehingga sukar menandingi kehebatan Money Not Enough 1 dan 2.
Tetapi Namun Mark Lee kembali menyertai dua lagi sahabatnya dalam filem ini dan berharap agar filem yang menunggu 16 tahun untuk diterbitkan ini akan memberi perasaan berbeza kepada peminat mereka semua.
“Saya berharap agar filem ini membawa perasaan berbeza kepada semua peminat yang mungkin pernah menonton dua siri filem ini terdahulu. Usia kami semua, jika digabungkan melebihi 180 tahun!
“Saya mengenali mereka sejak mula berkecimpung dalam dunia komedi dan seni. Tidak ramai yang masih boleh bekerjasama apatah lagi bergandingan selepas 20 tahun,” ujar Mark Lee.
Bercakap tentang cabaran, Jack Neo berkata, babak letupan, pertempuran senjata dan peperangan tidak akan boleh menyaingi cabaran mengarahkan naskhah yang mempunyai skrip yang tebal!
“Apabila seseorang itu memiliki wang dan yang lainnya tidak mempunyai duit, apa yang akan mereka lakukan serta hasilkan adalah berbeza. Kelakuan seseorang ketika sedang kaya adakala membuat anda benci kepadanya.
“Anda juga boleh jadi takut kepadanya juga. Segelintir mereka mungkin tidak akan mengaku saudara dan melakukan perbuatan yang tidak baik. Saya percaya kita akan melihat atau mungkin melalui perkara sebegitu dalam hidup kita,” katanya.
Bercakap tentang sasaran pula, Jack Neo berkata, dia mengharapkan agar filem ini dapat mencatat kutipan pecah panggung seperti dua filem sebelumnya.
“Semua ini bergantung kepada sokongan penoton daripada segenap lapisan masyarakat. Kisah kemanusiaan yang kami paparkan dalam filem ini sememangnya berbaloi untuk ditonton,” ujarnya yang juga penerbit bersama Money Not Enough 3.
Filem terbitan Hijack PictureS dan MM2 Entertainment itu membawa penonton menyoroti kisah hidup tiga sahabat baik dari zaman kecil: Ah Fai, Ah Qiang dan Ah Huang yang berdepan kemelut hubungan kerana wang.
Money Not Enough 3 yang memulakan tayangan hari ini menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.