Gaya Hidup

180 Penumpang Air Asia Terkejut Dapat Hadiah Tahun Baru Cina Daripada Go Shop

gempak
Mya Amri
19/02/2018
10:34 MYT
Sponsor Banner
180 Penumpang Air Asia Terkejut Dapat Hadiah Tahun Baru Cina Daripada Go Shop
Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, perkhidmatan membeli-belah atas talian popular, Go Shop memberi kejutan kepada penumpang AirAsia, pesawat AK5111.
Seramai 180 penumpang penerbangan domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) menerima hadiah istimewa daripada Go Shop.
Penumpang AirAsia AK5111 dikejutkan dengan hadiah istimewa berupa sebuah kotak berwarna merah di tempat pengambilan beg di KLIA 2.
Kotak-kotak tersebut diserta dengan tag nama 180 penumpang AK5111 yang masing-masing memberikan reaksi terkejut dan teruja sebaik saja tiba di tempat pengambilan beg tersebut.
Istimewa lagi, ketibaan mereka disambut dengan meriah oleh model terkenal, Amber Chia dan juga hos Go Shop, Emily Yap yang memberikan paket Ang Pow secara percuma.
Pemberian hadiah itu merupakan sebahagian daripada kempen Perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan pada tahun ini dengan kolaborasi bersama AirAsia, Eu Yan Sang dan AirAsia BIG Loyalty.
Dalam pada itu, pelbagai aktiviti menarik turut dilakukan sepanjang penerbangan ke Kuala Lumpur antaranya teka-teki dan kuiz.
Di sini Astro Gempak kongsikan video menarik khas buat tatapan pembaca.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live