19 Usahawan Desa Capai Jualan Lebih RM1 Juta, Apa Rahsianya?
Amri Hassan
24/11/2023 12:58 MYT
24/11/2023 12:58 MYT
Seramai 19 daripada 25 usahawan desa dalam program bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta dalam tempoh satu tahun.
Katanya, program tersebut merupakan projek rintis untuk RichWorks yang diasaskan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 2008 bagi membimbing usahawan desa terpilih di bawah agensi-agensi kementerian.
"Alhamdulillah melalui formula, ilmu dan strategi yang terbukti terutamanya teras dalam perniagaan iaitu pemasaran, jualan, kewangan, pematuhan dan kepimpinan yang membantu usahawan bimbingan kami membolehkan usahawan desa juga mendapat manfaat sama.
"RichWorks menyediakan bimbingan holistik dalam bisnes yang dapat mempercepatkan proses perjalanan untuk pergi ke tahap lebih tinggi hingga capai jualan jutaan ringgit bukan setakat setahun, sebulan bahkan sehari," katanya dalam satu kenyataan.
Majlis graduasi itu disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Dasar, Datuk Che Murad Sayang dan juga pengurusan Richworks yang diwakili Pengarah Eksekutif, Hasnita Ahmad.
Turut berucap mewakili RichWorks, Naib Presiden Spire, Safarah Salman memaklumkan bahawa 24 daripada 25 usahawan desa terlibat dalam KU1J menyaksikan peningkatan baik dari pelbagai segi perniagaan namun seorang peserta menyaksikan penurunan berikutan faktor kesihatan.
Tambah Radz, pencapaian itu datang daripada proses dan sistem yang RichWorks ada dalam melahirkan usahawan jutawan berdasarkan pengalaman dan ilmu terkini bersama komitmen usahawan itu sendiri.
"Kami mempunyai rekod di mana modul dan bimbingan yang diterap dan guna kepada usahawan desa ini sejak 2018 sebenarnya telah melahirkan seramai 370 usahawan yang berjaya capai jualan RM1 juta pertama.
"370 usahawan ini tidak pernah capai jualan hingga RM1 juta pun setahun namun mereka berjaya atasinya bila dibimbing dengan teras bisnes, ilmu dan strategi yang betul," jelasnya.
Sehubungan itu, Radz memberitahu, RichWorks mempunyai formula yang boleh membantu usahawan dan bisnes untuk berkembang berdasarkan pemerhatian dan bimbingan Dr. Azizan sendiri kepada ribuan anak didiknya dari pelbagai industri.
"Kami yakin dapat membantu usahawan-usahawan yang serius dan komited nak saksikan bisnes mereka bukan setakat bertahan bahkan berkembang hingga jutaan ringgit.
"Sebab itu, kami adakan program 10X SME Bina Bisnes Berjaya (10XSMEBBB) berkolaborasi dengan Media Prima Berhad untuk menyediakan usahawan-usahawan bagi 2024 yang dijangka lebih mencabar berbanding tahun ini.
"Insya-Allah, 25 & 26 November ini kami adakan 10XSMEBBB yang terakhir tahun ini bagi menyediakan usahawan-usahawan terutama di sekitar selatan tanah air termasuk Singapura," katanya.
BERITA TRENDING: "Sebelum Ini Saya Rasa Saya Hebat, Famous... Sebenarnya Saya Salah" - Fizo...
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd, secara keseluruhan usahawan desa tersebut juga menyaksikan peningkatan jualan tahunan dari RM22.2 juta (sebelum dibimbing) kepada RM38.15 juta.Katanya, program tersebut merupakan projek rintis untuk RichWorks yang diasaskan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 2008 bagi membimbing usahawan desa terpilih di bawah agensi-agensi kementerian.
"Alhamdulillah melalui formula, ilmu dan strategi yang terbukti terutamanya teras dalam perniagaan iaitu pemasaran, jualan, kewangan, pematuhan dan kepimpinan yang membantu usahawan bimbingan kami membolehkan usahawan desa juga mendapat manfaat sama.
"RichWorks menyediakan bimbingan holistik dalam bisnes yang dapat mempercepatkan proses perjalanan untuk pergi ke tahap lebih tinggi hingga capai jualan jutaan ringgit bukan setakat setahun, sebulan bahkan sehari," katanya dalam satu kenyataan.
PILIHAN PEMBACA: Usahawan Berhabis Banyak Duit, Masih Relevankah Ambil Selebriti Untuk Pelaris Produk?
Terdahulu, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang telah menyempurnakan Majlis Graduasi Peserta Aktiviti KU1J bagi 19 usahawan desa yang mencapai RM1 juta dalam tempoh 12 bulan.Majlis graduasi itu disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Dasar, Datuk Che Murad Sayang dan juga pengurusan Richworks yang diwakili Pengarah Eksekutif, Hasnita Ahmad.
Turut berucap mewakili RichWorks, Naib Presiden Spire, Safarah Salman memaklumkan bahawa 24 daripada 25 usahawan desa terlibat dalam KU1J menyaksikan peningkatan baik dari pelbagai segi perniagaan namun seorang peserta menyaksikan penurunan berikutan faktor kesihatan.
BERITA TRENDING: Untungnya! RichWorks Agih Minyak Percuma Kepada Lebih 1,000 Kenderaan Di Lembah Klang
KU1J dipelopori Kementerian Keusahawanan Desa dan Wilayah (KKDW) yang mana merupakan hasil kolaborasi bersama RichWorks sebagai pembimbing latihan yang bermula dari Oktober 2022 sehingga September lalu.Tambah Radz, pencapaian itu datang daripada proses dan sistem yang RichWorks ada dalam melahirkan usahawan jutawan berdasarkan pengalaman dan ilmu terkini bersama komitmen usahawan itu sendiri.