The 1975 Pada Asalnya Tak Dibenarkan Buat Persembahan... Tapi Penganjur & Pengurus Buat Rayuan
Izwan Isa
23/07/2023 02:50 MYT
23/07/2023 02:50 MYT
Penyertaan kumpulan The 1975 tidak diterima Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) pada Jun lalu, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Namun penganjur GVF 2023 telah membuat permohonan rayuan pada Julai agar kumpulan berkenaan dapat diberi peluang untuk membuat persembahan dengan syarat ditetapkan.
"Sebenarnya saya ada jemput pihak PUSPAL untuk memberi taklimat apa yang berlaku. Pada Jun lalu PUSPAL memaklumkan mereka tidak menerima penyertaan The 1975 band dari United Kingdom.
"Tapi pihak penganjur telah membuat rayuan pertengahan bulan Julai. Dalam surat rayuan itu mereka turut sertakan surat aku janji daripada pengurus kumpulan mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya, termasuk pengurus dan penganjur, terhadap persembahan tersebut," jelasnya.
Fahmi menegaskan, tindakan yang diambil dengan pembatalan persembahan Good Vibes Festival 2023 yang berbaki dua hari lagi sebagai langkah mengelakkan kejadian sama berulang.
Tambah Fahmi, beliau juga telah mengarahkan JK-PUSPAL untuk mengeluarkan senarai penambahbaikan berhubung tatacara permmohonan.
"Bagi saya, kebanyakan daripada garis panduan PUSPAL jelas, dalam insiden seperti ini berlaku keadaan keterlanjuran, sangat biadab dan akhirnya kita dah ambil tindakan seperti diumumkan hari ini untuk pastikan (insiden itu) tidak berulang.
"Saya dah mengarahkan PUSPAL memberi kepada saya minggu depan, senarai penambahbaikan atau pembetulan, klarifikasi perlu dibuat sebarang tatacara permohonan dan proses memastikan tidak berulang masalah seperti ini.
"JK-PUSPAL dipengerusikan Ketua Setiausaha KKD, insya-Allah beliau akan menyediakan draf terbaharu untuk kita pertimbangkan untuk elak kejadian seperti ini berulang," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Majlis Penyerahan Watikah Komuniti Madani Peringkat Wilayah Persekutuan Kualaa Lumpur dan Putrajaya di ibu negara pada Sabtu.
Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) membuat laporan polis terhadap vokalis kumpulan The 1975 dan penganjur persembahan Good Vibes Festival atas kecuaian serta kegagalan mematuhi syarat-syarat ditetapkan JK-PUSPAL.
Laporan itu dibuat menerusi JK-PUSPAL susulan tindakan jelik dan kurang sopan yang dilakukan vokalis kumpulan itu, Matty Healy, ketika melakukan persembahan di Litar Antarabangsa Sepang, malam kelmarin.
Dalam konsert itu, Healy dilihat memegang botol arak di atas pentas ketika melakukan persembahan selain meludah dan melakukan aksi kurang sopan.
Malah, Healy juga membuat ucapan menghina undang-undang negara berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebelum mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di atas pentas.
Sumber: Astro Awani
BACA: Penyanyi Lelaki Cium Gitaris Lelaki Di Festival Muzik, Band Dari UK Angkat Kaki, Dakwa Digam Di Malaysia?
BACA: Good Vibes Festival 2023 Dibatalkan Serta Merta, Penganjur Cari Kaedah Terbaik Untuk Bayar Ganti Rugi - “Kami Mohon Maaf Kepada…”