Laman Utama

The 1975 Raih Carta Pertama Di UK

Amri Hassan
23/10/2022
05:57 MYT
Kumpulan popular United Kingdom (UK), The 1975, sekali lagi meraih kejayaan besar apabila album kelima mereka yang berjudul Being Funny in A Foreign Language berada di carta teratas Lagu Hits UK.
Ia merupakan satu kejayaan luar biasa apabila album yang baru sahaja dilancarkan pada 14 Oktober lalu, menyaksikan The 1975 sebagai kumpulan yang kekal meraih kedudukan pertama dalam tempoh lima tahun berturut-turut.
Kumpulan yang dianggotai oleh Matty Healy, George Daniel, Ross MacDonald dan Adam Hann itu sebelum ini pernah meraih tangga teratas menerusi album berjudul The 1975 pada tahun 2013, I Like It When You Sleep, For You Are So Beautiful Yet So Unaware Of It sekitar tahun 2016.
Ia kemudian diikuti dengan album berjudul A Brief Enquiry Into Online Relationships yang diterbitkan pada 2018 dan Notes On A Conditional Form (2020) juga diumumkan sebagai album popular di carta teratas.
Kejayaan ini menempatkan kumpulan ini sebagai sebuah band berprestij yang berupaya mengekalkan momentum muzik yang diminati ramai menerusi penghasilan album studio mereka.
Bahkan, ada yang berpendapat, album The 1975 bersaing dengan kejayaan yang pernah diukir oleh penyanyi pop antarabangsa, Ed Sheeran.
Selain itu, dua buah lagu yang dimuatkan dalam album Being Funny In A Foreign Language turut diumumkan berjaya menembusi carta 40 Single Terbaik UK.
Difahamkan, ia merupakan pertama kali diraih oleh kumpulan ini dan ia adalah menerusi lagu berjudul Oh Caroline landing (di tangga 29) dan I’m In Love With You yang berada di tangga ke-34.
Sementara itu, menurut satu kenyataan, The 1975 juga bakal mengadakan konsert jelajah At Their Very Best di Amerika Syarikat (AS) pada November dan Disember ini sebelum meneruskan jelajah yang sama di UK dan Ireland pada Januari tahun depan.
Tidak cuma itu, kumpulan ini juga akan mengadakan konsert yang sama di Jepun, New Zealand dan Australia pada April 2023.
Untuk info, band yang berasal daripada Manchester ini pernah meraih gelaran Band of The Decade pada tahun 2020 oleh New Musical Express (NME).
Sebelum itu, mereka juga meraih Anugerah Kumpulan Terbaik di BRIT Awards pada tahun 2017 dan 2019.
Album ketiga mereka yang berjudul A Brief Inquiry Into Online Relationships juga memenangi Anugerah ‘Mastercard British Album of the Year pada tahun 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Viral

6 Pelajar Malaysia Cipta Rekod Menang Pingat Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa!

gempak
21/07/2024
04:55 MYT
Enam pelajar mencipta rekod apabila pertama kalinya kesemua peserta dari Malaysia memenangi pingat dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa Dunia yang berlangsung di United Kingdom (UK).
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Hollywood

Bintang Beverly Hills 90210 & Charmed, Shannen Doherty Meninggal Dunia

gempak
14/07/2024
13:27 MYT
Khabar duka datang dari dunia Hollywood. Salah seorang aktres terkenal sekitar tahun 90-an, Shannen Doherty meninggal dunia pada usia 53 tahun.