Berita

2 Anggota Tentera Didakwa Rog*l Kanak-Kanak Umur 10 Tahun

gempak
Gempak
30/12/2024
07:29 MYT
Sponsor Banner
2 Anggota Tentera Didakwa Rog*l Kanak-Kanak Umur 10 Tahun
Dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 10 tahun di sebuah rumah Jelawat, Bachok pada April tahun lalu.
Tertuduh, Mahadi Ismail, 39, dan Aizat Hakim Mohammad, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

BERITA TRENDING: Pegawai Kadet UPNM Ditekap Seterika: ATM Sahkan Kes Sedang Dalam Siasatan

BERITA TRENDING: ATM Siasat Dakwaan Pegawai UPNM Ditekap Seterika Oleh Senior - "Tindakan Disiplin Keras Atau Undang-Undang Akan Dikenakan"

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, kedua-duanya didakwa merogol kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 10 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Taman CT Jaya, Jelawat, Bachok pada waktu siang sekitar April tahun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun sehingga 20 tahun serta sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam Majidah Muhamad dan Mohd Firdaus Zainal Abidin.
Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak menawarkan sebarang jaminan, memandangkan mangsa seorang kanak-kanak namun, Mohd Firdaus merayu jaminan diberikan, memandangkan anak guamnya yang juga penjawat awam memberi kerjasama baik kepada pihak polis, selain menyerah diri di Balai Polis Bachok sebelum ini.
"Seorang anak guam saya sudah hampir bersara wajib tahun depan, selain perlu menanggung empat anak masih bersekolah, manakala seorang lagi anak guam baru tamat latihan dan akan melapor diri di tempat kerja esok," katanya.
Mahkamah kemudian menawarkan jaminan RM10,000 setiap tertuduh dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan, selain tidak dibenarkan mengganggu saksi.
Mahkamah juga menetapkan 2 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

BERITA TRENDING: J-Hope BTS Selesai Jalani Latihan Ketenteraan

Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024