Pelakon Bollywood Alia Bhatt dan suami, Ranbir Kapoor mengumumkan berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Dalam keadaan sedang berbaring di katil hospital sambil tersenyum ketika menjalani ujian ultrabunyi, Alia mengesahkan dirinya kini sedang hamil.

"Anak kami... akan datang," tulisnya berserta foto dua ekor singa dan seekor anak singa.

A post shared by Alia Bhatt ?☀️ (@aliaabhatt)


Kedua-dua media sosial pasangan itu dihujani dengan komen dari peminat dan rakan selebriti sejurus selepas mengumumkan berita gembira itu.

Turut mencuri perhatian adalah ucapan tahniah dari bintang terkenal Gal Gadot yang bakal muncul bersama Alia dalam filem Heart of Stone tidak lama lagi.

Dalam hantaran terbabit, Gal Gadot meletakkan emoji love pada ruangan komen dan disukai oleh peminat kedua-dua aktres itu.

Untuk rekod, pasangan itu telah berkahwin pada April 2022.