Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

2 Gempa Berlaku Di Luar Pantai Jepun, Amaran Tsunami Setinggi 1 Meter Dikeluarkan

Gempak
08/08/2024 08:44 MYT
Satu kejadian gempa bumi berukuran 6.9 magnitud diikuti oleh gegaran kedua 7.1 dilaporkan telah melanda luar pantai selatan Jepun pada Khamis, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Lapor NHK pula, tsunami setinggi satu meter dijangka tiba atau sudah tiba di beberapa kawasan pesisir di pulau Kyushu dan Shikoku.

Gempa bumi pertama berlaku pada kedalaman 33 kilometer (20 batu), diikuti dengan gempa kedua berhampiran pada kedalaman 25 kilometer, kata USGS.

"Kerajaan Jepun sudah menubuhkan satu pasukan khas sebagai tindak balas terhadap gempa bumi,” menurut satu kenyataan.

Sumber: Harian Metro
#Jepun #Gempa Bumi #Tsunami