Pelakon dan juga usahawan, Zul Yahya mencuri tumpuan warganet apabila usahanya membersihkan sampah di persekitaran kawasan Taman Meru, Ipoh tular baru-baru ini.

Semuanya gara-gara rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Hairuddin.

“Semalam Zul bagi tahu sampah banyak di kat area Mcdonalds Meru.

“Hari ini dia sendiri yang datang sapu sampah penuh satu kereta pacuan empat roda,” katanya.

Sehingga kini video pada posting terbabit telah dikongsi sebanyak 560 kali dan menerima 68,000 tontonan.

Rata-rata wargenet memuji usaha dan tindakan murni pelakon tersebut.

Walaubagaimanapun tidak kurang juga juga yang menganggap pelakon itu sengaja untuk mencari perhatian.

Anda boleh lihat pelbagai reaksi mereka di bawah.

Sementara itu menerusi laman Facebook milik Zul, dia turut memberi nasihat kepada orang awam agar menjaga kebersihan bumi ini kerana itu adalah tanggungjawab bersama.

“Buang tabiat buruk itu dan jadilah manusia berkualiti.

“20 bungkus plastik sampah berjaya dikutip selama 2 jam lebih,”