FILEM
2 Juta Penonton Banjiri Bioskop Tonton Qodrat 2, Ramai Minta Sekuel Ketiga – “Pasti Makin Seru & Keren”
Filem Qodrat 2 terus mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih 2 juta tontonan di pawagam seluruh Indonesia sejak ditayangkan.
2 Juta Penonton
Kejayaan filem arahan Charles Gozali itu ternyata membuktikan ia filem seram Indonesia paling laris tahun ini, sekaligus membuktikan genre seram terus mendapat tempat di hati penonton.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata penonton dan warganet meluahkan rasa bangga dengan pencapaian tersebut.
Malah, ramai juga peminat seakan tidak sabar menantikan sekuel ketiga Qodrat.
“Menunggu Qodrat 3,” tulis peminat.
“Emang bagus sih filemnya, Ga sabar Qodrat 3nya nih. Pasti makin seru dan keren,’’ komen penonton teruja.
“Qodrat 3 di tunggu ya min,” komen penonton lain.
Filem terbitan MAGMA Entertainment dan Astro Shaw ini masih mengikuti perjalanan Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian) selepas menyelamatkan Alif daripada cengkaman Asuala.
Kali ini, tumpuan beralih kepada usahanya mencari isterinya, Azizah (Acha Septriasa) yang mengalami kemurungan selepas hilang akidah.
Berbeza dengan Qodrat (2022) yang masih penuh misteri, filem kedua ini menyajikan kisah yang lebih mendalam dan perlahan-lahan menyingkap latar belakang keluarga Qodrat.
Dengan visi sedemikian, pengarah, Charles bijak memutuskan untuk mengubah sudut pandangan bercerita. Tumpuan kini beralih kepada Azizah, isterinya.
Saksikan Qodrat 2 yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 April ini di pawagam seluruh negara.