2 Kali Lepaskan Tawaran Oxford, Syed Saddiq Dapat Tajaan Sambung Belajar Di Singapura

Amri Hassan
September 21, 2020 05:15 MYT
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mendedahkan akan memulakan pengajian dalam bidang Perkhidmatan Awam di University of Singapore (NUS) bermula hari ini.
Dedah Syed Saddiq, beliau turut mendapat tajaan biasiswa dalam bidang terbabit.
"Alhamdulillah! Saya mendapat tempat dan biasiswa di National University of Singapore untuk program Lee Kuan Yew's Senior Fellowship in Public Service.
"Terpaksa menyembunyikan berita ini daripada pengetahuan umum sejak Jun lagi, tapi memandangkan kelas akan bermula pada hari ini secara atas talian, apa salahnya kongsikan khabar baik ini dengan kawan-kawan," tulisnya menerusi akaun media sosialnya pada Ahad.
Jelas Syed Saddiq lagi, dia memilih untuk menyambung pelajaran untuk meningkatkan kebolehannya pada masa akan datang.
"Sebagai orang Muda, ada banyak yang perlu saya belajar lagi untuk meningkatkan kebolehan saya untuk berkhidmat.
"Saya terpaksa melepaskan tawaran sarjana di Universiti Oxford dua kali demi politik.
"Akhirnya saya berpeluang untuk menajamkan skil Polisi Publik dan masih berkhidmat kepada rakyat pada masa sama," ujarnya.

Alhamdulillah! Saya mendapat tempat dan biasiswa di National University of Singapore untuk program Lee Kuan Yew's Senior Fellowship in Public Service. been keeping this news to myself from June, but since classes start tomorrow online, why not share the good news with friends?? pic.twitter.com/JiASoYeeAE

— Syed Saddiq ??? (@SyedSaddiq) September 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengumuman Syed Saddiq itu sedikit sebanyak mengejutkan ramai dan pada masa sama turut mendoakan agar bergraduasi dengan cemerlang.
Tahniah Syed Saddiq!
#Singapura #Syed Saddiq #Sambung Belajar