HIBURAN
2 Malam Penuh Hiburan & Nostalgia Dengan Lagu-Lagu Ikonik Bee Gees Dalam ‘Saturday Night – Celebrating Bee Gees!’
Perhatian! Buat semua peminat muzik era disko di Malaysia. Pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025, ZeppKuala Lumpur akan bertukar menjadi sebuah pentas meriah bersempena pertunjukan khas 'Saturday Night – Celebrating Bee Gees'.
Ia bakal menampilkan dua malam penuh gemilang dengan persembahan istimewa yang didedikasikan buat kumpulan nyanyian legenda Bee Gees yang pernah memenangi lima Anugerah Grammy!
Dibawa oleh Milestone Production, konsert istimewa ini bakal mengimbau kembali himpunan lagu-lagu Bee Gees yang merentasi empat dekad. Daripada lagu-lagu klasik awal seperti Massachusetts dan To Love Somebody, hinggalah ke rentak funk seperti Jive Talkin dan tentunya lagu-lagu disko ikonik seperti Stayin’ Alive dan Night Fever.
Konsert ini sarat dengan rentak yang akan membawa anda terus ke zaman keemasan disko!
Membawa semula aura dan bunyi asli Bee Gees ke pentas adalah kumpulan berbakat dari UK, Saturday Night Bee Gees.
Kumpulan yang terdiri dari enam orang berbakat ini telah menerima pujian meluas di seluruh dunia kerana persembahan mereka yang berjaya mengungkap tenaga serta keaslian adik-beradik Gibb dengan ketepatan yang mempesona.
Penonton boleh menantikan persembahan memukau lewat lagu-laguseperti How Deep Is Your Love, You Win Again, Tragedy dan banyak lagi.
Ia akan menjadi malam yang penuh dengan tarian, falsetto, funk dan nostalgia yang tidak boleh dilepaskan!
Tiket untuk Saturday Night – Celebrating Bee Gees kini dijual, dengan harga bermula dari RM198 (CAT C) hingga RM638 (Premium).
Eksklusif untuk Pemegang Kad Maybank: Nikmatidiskaun sehingga 25% apabila anda membuat pembayaranmenggunakan kad Maybank anda.
Tertakluk kepada terma dansyarat. Untuk maklumat lanjut, layariwww.milestoneentertainment.com
MAKLUMAT PERSEMBAHAN
Tarikh: 31 Julai & 1 Ogos 2025
Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
Harga Tiket:
• Premium – RM638
• VIP – RM538
• CAT A – RM398
• CAT B – RM298
• CAT C – RM198
• Platinum Box – RM4,800 (untuk 6 orang)
Harga tiket tertakluk kepada yuran tiket RM4 dan yuran transaksiRM10.
Untuk tempahan Platinum Box, pakej korporat atau pembelianberkumpulan / OKU:
Hubungi Puan Sha di +6012 332 3024 atau e-mel kesha@milestone-entertainment.com
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.milestone-entertainment.com.