2 Minggu Buka Akaun Instagram, Followers Anak Mat Dan Cecah 30k!

Syafiqah Jalal
Januari 17, 2019 07:18 MYT
Pengacara Mat Dan Kaki Jalan, Mat Dan atau nama Islamnya, Karief Daniel Abdullah membuka akaun Instagram (IG) buat anaknya, Muhammad Zayne Tyler.
Selepas lebih dua minggu akaun itu dibuka, IG tersebut menerima hampir 30,000 pengikut.
Bayi comlenya yang berwajah pan asia itu mempunyai peminat dan pengikut tersendiri selepas dilahirkan pada 5 Mei tahun lalu.
Lelaki England yang fasih dengan loghat Terengganu itu terkejut dengan impak yang diterima serta mengucapkan terima kasih di atas sokongan ramai.
Selebriti media sosial itu memeluk Islam pada 2013.
Mat Dan berkahwin dengan wanita Terengganu, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan Zayne cahaya mata pertama mereka yang sudah berusia lapan bulan.
#Anak #Instagram #Baby #Mat Dan