Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

2 Minggu Shaheizy Sam Tak Jumpa Anak, Syatilla Melvin Buat Suprise Bawa Anak Jumpa Bapanya!

Syafiqah Jalal
02/10/2019 23:24 MYT
Pelakon Syatilla Melvin mendedahkan suaminya, aktor Shaheizy Sam sudah dua minggu tidak pulang berjumpa anak-anak kerana tuntutan kerja.

Demi menunaikan permintaan anaknya, Syeriv Samheizy yang merindukan bapanya, Syatilla mendedahkan dia telah membawa dua permata hatinya menaiki kapal terbang ke Sarawak.

Menceritakan pengalamannya membawa dua orang anaknya termasuk bayinya, Sarima Samheizy sendirian menaiki kapala terbang, Syatilla akui ia bukannya mudah.

“Bukan senang nak handle dua orang anak travel,dengan tertinggal flight lah, apa lah. Penat Tuhan ja tahu.

“Aku usung anak-anak aku sebab nak buat suprise dekat @shaheizy_sam yang dah dekat dua minggu tak jumpa anak-anak dia sebab shooting luar KL.

“Tak gamak nak pisahkan jauh-jauh, so kita usung la depa bawak jumpa bapa... Syeriv hari-hari tanya wheres bapak, mana bapak...

“Thank you @nina_adlinaa teman aku dan jatuhkan maruah aku. By the way SARAWAK APA BEST? Kita kat sini!" tulisnya di ruangan kapsyen.

Syatilla berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya

Menerusi entri terbabit, dia memuat naik fotonya yang diambil sedang tertidur kepenatan sambil meriba anaknya di dalam kapal terbang.

Entri itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum dengan pengorbanan Syatilla sebagai ibu.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sukar membawa anak menaiki kapal terbang.

Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Bukan senang nk handle 2org anak travel,dgn tertinggal flight laa apa la?penat tuhan ja tau.aku usung anak2 aku sebb nk buat suprise dekat @shaheizy_sam yg dh dekat 2mggu xjumpak anak2 dia sebb shooting luar kL,xgamak nak pisahkan jauh2,so kita usung la depa bawak jumpa bapak...syeriv hari2 tanya wheres bapak, mana bapak?thank u @nina_adlinaa teman aku n jatuhkan maruah aku?btw, SARAWAK APA BEST??kita kat sini!!!

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

#Anak #Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Bapa #Suprise