“2 Saiz Lagi Dah Sama Besar Masa Saya…”- Aishah Turun 30 Kg Lagi!
Penyanyi Aishah akui dia kini sudah kehilangan 30 kilogram (kg) sejak berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Aishah ukur lilitnya juga sudah banyak susut dan saiz tubuhnya kini semakin mengecil.
“Nak muat naik gambar terbaru,selapas 30kg weight loss. Menunggu untuk break the next digit hahaha,memecah 'puluhan' yang dah bertahun-tahun tak pernah capai.Teruja pula.
“Kain saya tu dah panjang,sampai terpijak-terpijak. Ok kita target the next 10 kg.
“Kira pukul rata ukurlilit saya dah kurang dalam 10 hingga 12 inci. Kalau saiz baju dah drop dalam 6 size. Dulu saiz UK22 sekarang dah boleh muat 12, wah 2 saiz lagi dah sama besar masa saya bersama Fan Club,” tulisnya.
Penyanyi lagu Pulanglah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto terbaharunya itu.
Pun begitu, Aishah menegaskan apa yang penting kesihatan perlu diutamakan.
“Tapi yang penting, kesihatan lebih baik insyaallah,bila weight loss sudah mendatar selepas Bariatric surgery saya cuba pula Coldtox, membantu saya trigger semula my weight loss sejak PKP bermula
“Alhamdulillah,kesihatan itu satu rezeki yang jangan kita 'take for granted”,”katanya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut menerima inspiriasi daripada Aishah.