2 Tahun Berjauhan Dengan Keluarga, Awi Rafael Emosi Tulis Lagu Raya
Syafiqah Jalal
05/05/2021 07:20 MYT
05/05/2021 07:20 MYT
Penyanyi dan komposer, Awi Rafael akui emosi ketika menulis lagu raya pertamanya berjudul Irama Aidilfitri yang telah pun dilancarkan minggu lalu.
Menurut Awi, dia tidak dapat menyembunyikan rasa sedih kerana rindukan keluarga yang jauh di Singapura selepas dua tahun tidak bertemu.
“Saya rasa bukan saya sahaja tapi ramai yang senasib dengan saya apabila Raya ini merupakan tahun kedua tidak dapat meraikan bersama keluarga.
“Tipulah kalau saya kata tak sedih tapi saya perlu fikir juga, saya di sini mencari rezeki. Jika saya pulang ke Singapura belum tentu pula boleh kembali ke sini dengan situasi pandemik sekarang.
“Ini lagu raya pertama saya dan saya cuba untuk melakukannya yang terbaik. Lagu ini membangkitkan emosi nostalgia raya dengan suasana yang meriah di samping orang yang tersayang.
“Saya berharap lagu ini dapat mengubati rindu kampung halaman terutamanya bagi mereka yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga seperti pada tahun lalu,” katanya.
Lagu dan video muzik Irama Aidilfitri adalah hasil kolaborasi HABIB dengan syarikat tempatan Newsantara.
Selain Awi sendiri, lagu dan video muzik itu menggabungkan barisan penyanyi tempatan Ning Baizura, Ismail Izzani, Tiz Zaqyah, Julia Farhana Marin dan Bunga Isme.
Penampilan khas Rozita Che Wan dalam video muzik sebagai duta kempen raya HABIB dan juga Echa dan Naailah, hos LIVE HABIB turut meriahkan video muzik ini.
Awi yang juga Pengasas Newsantara, berkata kolaborasi itu merupakan sesuatu yang sangat istimewa dan unik.
“HABIB dan Newsantara adalah dua industri yang berbeza tetapi terdapat persamaan yang ketara. Kedua-dua menitikberatkan karya seni kreatif.
“Kolaborasi ini juga adalah tanda penghargaan dan sokongan terhadap industri seni tempatan selaras dengan slogan #sokonglokal HABIB,” katanya lagi.
Irama Aidilfitri diterbitkan oleh Newsantara Music dengan kerjasama Believe Music selaku pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 27 April 2021. Video muzik ‘Irama Aidilfitri’ boleh ditonton di saluran Youtube Habib Jewels bermula 27 April 2021.