,
Laman Utama

2 Tahun Susah Move On, Meer Nash Tuju Lagu Kajima Untuk Bekas Kekasih! - "Ini Lagu Paling Gelap Pernah Saya..."

Amri Hassan
13/11/2022
09:55 MYT
Selepas berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu berjudul ‘Saranghae’ berkonsep K-pop tahun lalu, penyanyi Meer Nash kembali dengan single berjudul Kajima hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir.
Kata Meer Nash atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul, 27, lagu itu itu ditujukan kepada bekas kekasihnya yang membuatkan dirinya susah nak ‘move on’ selama dua tahun.
"Ini lagu ‘paling gelap’ yang saya tulis dan rakamkan setakat ini. Dengan sedikit elemen daripada filem seram KKN, rap dan puisi kanak kanak. Turut diketengahkan juga dengan tarian Korea tarian bagai melepaskan kemarahan.
"Lagu ini sebenarnya ditujukan kepada bekas kekasih yang membuatkan saya susah nak ‘move on’ selama dua tahun. Apabila lagu ni siap ditulis, ia bermaksud saya sudah berjaya ‘move on’.
"Bahagian awal lagu ini, saya berasa marah dan hilang akal terhadap apa yang saya dah lalui sepanjang hubungan ‘tarik tali’ yang toksik, tapi hingga akhir lagu ini saya berjaya keluar daripada lorong gelap dan mencari diri sendiri," katanya.

Idea tidur petang

Berkongsi lanjut, Meer Nash berkata, idea menghasilkan lagu Kajima muncul ketika dia tidur petang.
"Pada ketika itu, mungkin saya masih lagi mencari jalan untuk ‘move on’ sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Idea ini dibawa kepada MFMF dan kami menyiapkan lagu ini dalam masa beberapa jam saja.
"Selepas itu, proses rakaman lagu pula mengambil masa selama empat jam dan diakui ini juga lagu yang paling susah untuk dirakam kerana ia genre yang baru untuk saya," katanya.

5 watak dalam muzik video

Bercerita mengenai video muzik (MV), Meer Nash berkata dia memainkan beberapa watak.
"Saya muncul dalam beberapa watak yang memerlukan saya menukar lima pasang persalinan baju dan mengambil masa selama 18 jam. Selain itu, saya mengalami kecederan semasa pengambaran tetapi tetap diteruskan.
"Produksi mempunyai set yang berbeza dan ‘mood’ yang berbeza. Bahagian yang paling saya suka dalam MV ini adalah menjadi bomoh kerana saya dapat memainkan watak sebagai seorang mangsa yang dikawal oleh bomoh iaitu kekasih saya.
"Cabaran sewaktu buat MV pula, masa ‘fitting’ baju kami tak cuba bersama penari, tapi bila penggambaran bermula ada banyak berlakunya ‘wardrobe malfunction’ dan jurugaya kena jahit ketika itu juga seperti aksesori yang tercabut dan baju yang ketat sehingga memberi had kepada saya untuk melakukan setengah pergerakan," katanya.
Single Kajima boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala video muziknya pula boleh ditonton di laman YouTube Meer Nash.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

gempak
21/11/2024
21:55 MYT
Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Unitar