Laman Utama
2 Tahun Tak Balik Raya, Ini 5 Momen Yang Pasti Dirindui Di Kampung
Selepas dua tahun tidak dapat menyambut Hari Raya di kampung halaman, tahun ini pastinya bakal menjadi momen yang sangat teruja buat semua.
Namun Aidilfitri kali ini mungkin tidak sama lagi buat sesetengah orang kerana selama dua tahun itu ramai juga yang kehilangan insan tersayang disebabkan wabak Covid-19.
Bagaimanapun kehidupan perlu diteruskan, Raya kali ini pasti memberi makna yang berbeza buat setiap insan.
Di sini Gempak kongsikan momen yang pasti dirindui ketika beraya di kampung.
#1 Suasana Pagi Di Kampung
Kedamaian dan suasana hijau di kampung pasti perkara yang dirindui. Jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar pasti membuatkan kita rasa nyaman setiap kali pulang di kampung. Tidak perlu penghawa dingin, suasana malam dan paginya rasa sejuk hingga ke tulang. Tidak juga perlu alarm untuk kita berjaga waktu pagi kerana pasti kedengaran ayam berkokok di luar rumah.
#2 Berkumpul & Berborak Dengan Sanak-Saudara
Perkara paling rindu bila balik raya sudah tentulah berkumpul dengan sanak saudara. Selepas dua tahun tidak berkumpul pasti banyak cerita yang hendak disampaikan. Namun ia mungkin sedikit berbeza bagi sesetengah keluarga tahun ini yang kehilangan ahli keluarga.
#3 Kemas Dan Pasang Langsir
Aktiviti menolong nenek mengemas rumah menjelang Raya mesti wajib dan meriah! Semua pasti akan bergotong rotong memasang langsir dan mengecat rumah. Tidak lupa juga paling best, isi kuih dalam balang sambil isi sambil ‘ngap’ masuk mulut.
#4 Juadah Hari Raya
Paling dirindui sudah tentu juadah hari raya yang dimasak oleh nenek. Nenek pasti orang paling teruja setiap kali cucunya pulang. Segala makanan kegemaran anak dan cucunya sedaya upaya disediakan. Pagi raya mesti meriah denga lemang ketupat dan rendang yang pasti akan dimakan berulang kali di hari raya.
#5 Atuk Nenek Yang Dirindui
Momen paling dirindui di antara semua apabila balik kampung pastinya apabila dapat berjumpa dan bersama Atuk dan Nenek. Tiada maknanya raya jika tiada kehadiran dua insan ini yang melengkapkan sambutan Aidilfitri. Atuk dan nenek adalah orang yang sentiasa memastikan sambutan Syawal diriaikan dengan sempurna dan meriah. Kampung pasti sunyi jika atuk dan nenek tiada.
Makna raya bagi setiap orang pasti berbeza, begitu juga kisah yang dipaparkan dalam drama siri pendek, Makna Raya AEON bagi episod keempat. Raya tahun ini memberi makna yang berbeza buat seorang cucu yang kehilangan nenek ketika pandemik.
Pastinya kenangan indah bersama nenek tidak dapat dilupakan, setelah dua tahun tidak dapat pulang beraya di kampung akibat daripada Covid-19.
Dalam drama ini seorang cucu cuba mengimbau memori bersama nenek yang sudah pergi buat selamanya sempena Hari Raya. Apakakah makna raya mereka tahun ini? Saksikannya dalam Makna Raya AEON episod 4 pada 29 April ini.
Makna Raya AEON bakal ditayangkan setiap hari jumaat , jam 6 petang bermula 8 April lalu sehingga menjelang raya 6 Mei depan di saluran Youtube AEON.
Diarahkan oleh Ariff Zulkarnain & Khairi Anwar, Makna Raya AEON telah dibarisi pelakon-pelakon seperti Kirin Muhammad, Adriana Adnan, Fadhilah Mansor, Syumaila Salihin, Megat Adli dan Izhar Azree.
Jangan lupa saksikan kelima-lima drama mini siri ini yang pasti bakal memberi makna dan menyentuh hati anda untuk saling prihatin terhadap kehilangan orang lain supaya mereka tetap dapat menyambut Aidilfitri ni dalam senyuman.
Untuk tidak terlepas setiap episod nanti, jangan lupa tonton dan langgan Youtube AEON di https://www.youtube.com/c/AEONMalaysia84