Bayangkan bagaimana jantung anda bekerja untuk melengkapi rutin 20,000 kali sit up dalam masa 30 minit!
Itu antara rutin yang diamalkan oleh Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia awal pagi Selasa.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagramnya empat hari lalu, pelakon itu menjalani sesi latihan tersebut sejak akhir-akhir ini.
Latihan itu demi mendapatkan bentuk ideal pada bahagian abdomennya.
"Bolehkah anda melakukan 20,000 sit ups dalam masa 30 minit? Saya menggabungkan sesi senaman saya itu dengan diet yang menyihatkan untuk mendapatkan six pack yang sempurna," katanya yang turut menjalani rawatan di sebuah klinik aestetik di Jakarta.
Tidak semena-mena, netizen mula membanjiri ruangan posting terbabit sekali gus mengaitkan sesi senaman ekstrim itu dengan punca kematian Ashraf.
"Adakah rawatan ini memberikan kesan kepada jantung?" soal @lianpralian.
"Disebutkan juga alat itu buat jantungnya bekerja lebih. Adakah alat ini penyebabnya? Tapi usia itu di tangan Tuhan..." tambah pengguna lain.
"Mungkin bisa jadi gara-gara ini penyebabnya," tulis @rahadiansyah_moh.
"Ini puncanya. Sebab maksa jantung untuk lebih bekerja keras. Ya tuhan. Gak nyangka deh. Kayak sabotaj. Sedih banget," tulis @angelrosetyra.
Namun, ada juga yang menyangkal senaman dan rutin kesihatan ini menjadi punca kematian Ashraf.
"Really hope that this was not the reason took him away this early.. He is young, healthy, in good shape..
"It reminds us all, we never know when our turn to come back but it also remind us again, anything "too much" will never good to ourselves and our body," tulis @lailatulzubaidan.
"Olahraga jangan terlalu exstrem sayangi jantung anda jantung juga butuh istirahat," tambah @yovankacute.
Ashraf meninggal dunia pada pukul 4.51 pagi Selasa akibat serangan jantung.
Amri Hassan
Tue Feb 18 2020
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.