BERITA
20 Dilapor Cedera, Bas Ekspres Langgar Penghalang Laluan Berdekatan Nilai
Sekurang-kurangnya 20 orang cedera selepas sebuah bas ekspres yang dipercayai dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan melanggar penghalang laluan kenderaan berat berhampiran sempadan Nilai dan Bukit Mahkota, pada Jumaat.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 10.30 malam tadi.
Beliau memaklumkan bahawa setakat ini, 19 mangsa yang cedera merupakan warganegara, manakala seorang lagi adalah warga asing.
"Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan.
"Jumlah sebenar penumpang yang berada dalam bas ekspres tersebut masih belum dapat disahkan," ujarnya.
Sumber: Astro AWANI