Umat manusia secara umumnya dilahirkan dengan pelbagai kepercayaan terhadap agama masing-masing.

Sehingga Januari 2023, Pew Research Center (PRC) melaporkan Kristian menjadi agama paling ramai penganut di dunia.

Agama Islam pula menjadi agama kedua paling ramai dipercayai di dunia diikuti Hindu dan Budha.

Namun dalam dunia serba moden ini ternyata masih ramai manusia yang tidak percaya kepada Allah, Tuhan atau agama. Mereka ini dikenali sebagai Atheis atau tidak percaya kepada sebarang agama.

Organisasi yang sama mendedahkan terdapat 20 negara mempunyai penduduk paling ramai tidak mempunyai agama.

Apakah negara tersebut?

Menurut data Pew Research Center's Religious Composition by Country, Republik Ceko mempunyai penduduk paling ramai Atheis iaitu dengan 78,4% diikuti oleh Korea Utara (71,3%) dan Estonia (60,2%).

Selain itu, dilaporkan separuh daripada penduduk Jepun dan Hong Kong juga memilih menjadi Atheis diikuti China dan Korea Selatan.

Berikut 20 Negara yang Paling Tidak Percaya Tuhan di Dunia:

1. Republik Ceko
2. Korea Utara
3. Estonia
4. Jepun
5. Hong Kong
6. China
7. Korea Selatan
8. Latvia
9. Belanda
10. Uruguay
11. New Zealand
12. Mongolia
13. Perancis
14. Britain
15. Belgium
16. Vietnam
17. Sweden
18. Australia
19. Belarus
20. Luxembourg