Berita

20 Tahun Beza Usia, Tom Cruise Didakwa Dating Dengan Heroinnya, Hayley Atwell

Maliah Surip
20/12/2020
02:01 MYT
Setelah heboh dengan isu dirinya memarahi kru saat penggambaran filem, media antarabangsa The Sun tiba tiba muncul dengan berita peribadi aktor Tom Cruise.
Bintang Mission Impossible itu didakwa sedang menjalin hubungan bersama heroinnya dalam siri ke tujuh filem tersebut, Hayley Atwell.
Cruise dan Atwell 'ditangkap' berpegangan tangan saat menghadiri acara sebuah tayangan filem di London baru baru ini, menguatkan dakwaan keduanya kini mula terbuka tentang hubungan yang dijalin.
Media sama juga melaporkan hubungan Cruise dengan aktres British itu berkembang menjadi cinta saat melakukan babak penggambaran bersama di Rome dan United Kingdom dalam filem terkini Mission Impossible 7.
"Mereka nampak serasi sejak hari pertama penggambaran. Lockdown kemudian membuat hubungan mereka menjadi lebih intim. Mereka juga dilihat menghabiskan banyak masa bersama. Mereka nampak bahagia," ujar satu sumber kepada The Sun.
Atwell diketahui berusia 38 tahun, 20 tahun lebih muda dari Cruise, 58.
Sejak bercerai dengan Katie Holmes pada tahun 2012 silam, pemenang tiga kali Golden Globe Awards ini memang jarang digosipkan mempunyai hubungan serius dengan mana mana wanita.
Kali terakhir, Cruise dikatakan rapat dengan aktres Elizabeth Moss namun hubungan tersebut tidak ke mana.
Kredit Foto: The Sun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Giliran Anak Tom Cruise, Suri ‘Buang’ Nama Bapa, Hanya Dikaitkan Dengan Katie Holmes

gempak
25/06/2024
18:50 MYT
Selepas tiga orang anak Brad Pitt ‘membuang’ namanya dalam pengenalan baharu mereka, kini nasib yang sama berlaku kepada salah seorang pesohor seni dunia, Tom Cruise.
Terkini

“Aliff Suka Plan Date Dekat…” Individu Tanpa Nama Ini Dedah Lokasi Kegemaran Aliff Aziz Jika Mahu Berdating

gempak
28/04/2024
00:55 MYT
Terbaharu, seorang individu tanpa nama tampil mendedahkan lokasi kegemaran Aliff Aziz apabila mahu ‘berdating’ dengan skandalnya.
Laman Utama

Meerqeen, Ameera Khan Jalan-Jalan Bersama Di Paris! Ada Apa-Apa Ker Tu?

gempak
30/09/2023
03:55 MYT
Dating?
Laman Utama

Tom Cruise Tak Tahu Boleh Tonton P*rno Di Internet

gempak
20/07/2023
14:51 MYT
Seth Rogan mendakwa menjadi individu yang bertanggungjawab menyedarkan Cruise tentang pornografi di internet.
Laman Utama

Watie Dedah Masa Bercinta Dengan Shuib Tak Pernah 'Dating' Berdua - "Sabar Itu Indah"

gempak
26/06/2023
03:02 MYT
Watie kata dengan Shuib kalau dating mesti bawa anak