Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

20 Tahun Jadi Penyanyi, Jaclyn Victor Rancang Bikin Konsert - "Tak Lama Lagi Saya Akan Umumkan"

Umirah Halim
12/04/2024 12:00 MYT

Menjengah 20 tahun sejak penglibatannya dalam persada seni suara, penyanyi, Jaclyn Victor berhasrat untuk mengadakan konsert sempena Ulang Tahun ke-20 sejak meraih kemenangannya dalam rancangan realiti Malaysian Idol.

Jaclyn nak buat konsert

Menurut Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 45, konsert merupakan salah satu perkara yang ingin dilakukan untuk tahun ini.

"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 saya sejak Malaysian Idol.

"Jadi saya mahu sangat buat konsert, tapi dalam masa yang sama ada banyak lagi lah perancangan saya.

"Tapi apa yang paling penting the highlights untuk tahun ini adalah semestinya konsert," kongsinya ketika ditemui Gempak.

Jaclyn berkongsi perkara itu ketika ditemui di Cuckoo X Riuh Sama-Sama Raya di Sentul Depot, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Umum masa terdekat

Sementara itu, Juara All Stars Gegar Vaganza itu turut berkongsi bahawa dia akan memaklumkan info lanjut mengenai konsert itu pada semua peminat dalam masa yang terdekat.

"Saya sudah berbincang perkara ini (konsert) dan kami masih dalam proses untuk menguruskan semua nya.

"Tak lama lagi kami akan announce," tambahnya.

Lagu baru

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai karya lagu baharu, Jaclyn bagaimanapun hanya sekadar memberi respons ringkas dan memilih untuk merahsiakan perancangan yang selebihnya.

"Akan ada lagu itu sahaja yang saya boleh kongsikan sebab selebihnya rahsia, tapi perancangannya memang untuk tahun ini juga lah," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Jaclyn telah merangkul gelaran juara Malaysia Idol musim pertama pada 2004.

Selain itu, menerusi kemenangannya di All Stars Gegar Vaganza pada tahun lalu, Jaclyn telah mengalahkan tujuh peserta lain iaitu Liza Hanim, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Tomok, Hady Mirza, Azharina dan Naqiu.


Berita Trending: All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor Mohon Peminat Bertenang - “Bukan Saya Yang Beri Markah, Anggap Ini Rezeki,”

Berita Trending: All Stars Gegar Vaganza: The Best Of The Best! Juara Milik Jaclyn Victor, Bawa Pulang RM200,000

#Penyanyi #Konsert #Umum #20 tahun #Hasrat #Jaclyn #Sempena #Mahu #Victor