Berita

20 Tahun Simpan Buku Cerita Zaman Budak, Nina Iskandar 'Turunkan' Pula Kepada Anak

gempak
ZULHILMI JALIL
15/04/2020
09:59 MYT
Sponsor Banner
20 Tahun Simpan Buku Cerita Zaman Budak, Nina Iskandar 'Turunkan' Pula Kepada Anak
Pelakon Nina Iskandar mendedahkan bahawa dia masih menyimpan semua buku cerita yang dimilikinya ketika zaman kanak-kanak sehingga ke hari ini.
Lebih mengujakan, kata Nina, dia kini mampu membacakan buku-buku cerita yang disimpan lebih 20 tahun itu kepada anak sulungnya, Muhammad Aaryan Ar-Rizqin.
"Membacakan anak saya salah satu buku kegemaran saya 20 tahun lalu.
"Semasa saya kecil, saya suka beli buku. Saya seorang pengumpul buku, saya seorang pembaca. Waktu peperiksaan, orang sibuk ulang kaji untuk peperiksaan esok hari, tapi saya sibuk nak habiksan buku cerita.
"Saya sayang semua buku sebab itu tidak pernah berikannya kepada sesiapa kerana saya selalu pasangkan niat untuk berikan kesemuanya kepada anak saya," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam posting tersebut, Nina berkongsi video dirinya yang sedang membacakan buku cerita kegemarannya kepada anaknya.
Masa I kecil I suka beli buku. I was a book collector, I was a reader. Waktu exam, orang sibuk revise and prep up for next day’s papers tapi I sibuk nak habiskan story book. ? I Sayang all my books that’s why I never gave them away. And because I’ve always had the niat to pass them all to my children. I simpan baik dalam kotak, for sooo many years. Only masa I sarat mengandung I sibuk cari balik all the books that I had kept in the store because I wanted to read them to Rizqin. Adalah SOME have been given away (that was foolish of me cos now I realize I shouldn’t have) Oh, I was a Bratz collector too. Had every collection and I mean every single darn collection. But I gave them all away thinking I didn’t need them anymore as I was growing up. But.. Now. I. Regret. It. Because they’re classic now and I could’ve passed them all to my future daughter for her to play or put them all on one huuuuge display! Lol Oh if you guys like these Mama & Son Storytelling videos, watch more on @ar_rizqin ??
A post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar) on
Menurut Nina, semua buku cerita itu mula dicari semula di dalam stor ketika dia sedang sarat mengandung.
"Saya simpan baik dalam kotak untuk bertahun-tahun lamanya. Hanya sewaktu saya sarat mengandung, saya sibuk cari balik semua buku yang pernah saya simpan di dalam stor kerana mahu bacakannya kepada Rizqin," katanya.
Nina mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah, Mohd. Azlan Adzanan pada April tahun lalu.
Pasangan itu kemudian dikurniakan anak sulung yang kini menginjak usia empat bulan.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Nina Iskandar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024