"Love you from Israel," itu antara kiriman mesej langsung yang diterima Caprice selepas sesi siaran langsung bersama selebriti Israel, Shiraz, malam tadi.

Jelas Caprice, menerusi kiriman mesej itu ia membuktikan usahanya untuk mendapatkan perhatian daripada penduduk di sana menampakkan hasil.

"Slowly, one day, things will change. Fikiran baru, cara baru. InsyaAllah. Demi ummah. Road to AlAqsa," tulis Caprice.

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Menerusi sesi siaran langsung itu, seramai 200,000 pelayar media sosial Instagram menyaksikan perkongsian idea Caprice dan Shiraz.

"Thank you kepada semua yang join LIVE tadi... Caprice harap selepas ni artists / influencers dekat sana akan lagi kenal kita sebab Caprice akan sentiasa DM diaorang, ajak sembang sampai kerajaan diaorang kenal kita siapa.

"Dan insyaAllah satu hari nanti dapat tanam satu idea baru, cara baru, demi ummah. InsyaAllah," tambahnya.

Siaran langsung Caprice dan Shiraz itu berlangsung selama hampir 2 jam dengan pelbagai isu dikupas termasuk keamanan sejagat dan Palestin.

Usaha Caprice itu mendapat pujian ramai namun ada yang turut meninggalkan pesan agar sentiasa berhati-hati dengan agenda warga Israel.

"I think she loves you bcoz of ur face cap, sebab malam ni terasa caprice nampak berkarismatik bethull, lighting semua mantap.

"Bro. Respect. This one step is really a big move towards change!

"Please jangan terlalu terpedaya. Be friends can. I'm afraid the just use you.

A post shared by Caprice (@capriceofficial)