200 Juta! Cristiano Ronaldo Ada Pengikut Instagram Paling Ramai Di Dunia

Amri Hassan
Januari 30, 2020 10:09 MYT
Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo menjadi individu pertama dunia yang memiliki jumlah pengikut paling ramai di Instagram.
Terkini, pemain bola sepak antarabangsa itu telah mengumpul lebih 200 juta pengikut di media sosial itu.
"Wow 200 juta! Terima kasih kepada semua kerana berkongsi perjalanan saya setiap hari," tulisnya menerusi entri terbaharu di Instagram.
Jumlah itu telah mengatasi individu ternama lain termasuk Ariana Grande, Dwayne Johnson, Selena Gomez, Beyonce dan pemain bola sepak terkenal lain seperti Leo Messi dan Neymar.
Namun, jumlah pengikut paling ramai masih dipegang oleh akaun rasmi Instagram dengan jumlah pengikut 330 juta.
Jumlah yang dimiliki Ronaldo itu melayakkan dia mendapat duit poket 900,000 Euro (RM4.1juta) dalam setiap posting. Wow!
#Cristiano Ronaldo #Instagram #Bola Sepak