,
Laman Utama

200,000 Rakyat Malaysia Muflis, Golongan Muda Paling Ramai! Ryan Deedat Kongsi Solusi...

Amri Hassan
10/03/2023
04:43 MYT
Sedar atau tidak, sebenarnya lebih 200,000 rakyat Malaysia terbeban dengan masalah muflis dan disenaraihitamkan pihak perbankan!
Kata Pengarah Urusan Lulus.my, Mohd Hasrul Syafiq Mohd Ismail, individu muda berusia 25 hingga 44 tahun antara yang paling ramai muflis.
"Antara faktornya ialah kos taraf hidup yang semakin meningkat, pasangan yang suka meminjam nama untuk membuat hutang dan gaya hidup.
"Pasukan kami (Lulus.my) terdiri daripada bekas kakitangan bank yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan kredit dan hutang.
"Kami telah melihat secara langsung betapa sukarnya bagi mereka yang mempunyai rekod CCRIS yang buruk untuk mendapatkan sebarang pembiayaan yang mereka perlukan kerana kebanyakkan institusi kewangan tidak akan memberi pinjaman kepada mereka yang mempunyai sejarah kredit yang kurang baik.
"Apabila individu ini tidak berjaya untuk mendapatkan sebarang pembiayaan daripada pihak bank, mereka sering mendapatkan pinjaman alternatif yang mungkin boleh menjerat dalam kemelut kewangan yang lebih serius di kemudian hari.
"Sebenarnya masih ramai lagi individu yang tidak sedar bahawa mereka masih layak untuk mendapat peluang kedua.
"Oleh itu, kesedaran tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Lulus.my perlu diwar-warkan agar ia dapat memberikan satu impak positif dalam usaha membantu rakyat Malaysia menangani cabaran kewangan dan hutang yang dihadapi," katanya.
Justeru, Lulus.my bertindak melantik penyanyi dan komposer, Ryan Deedat sebagai duta untuk berkongsi pengalaman dan memberikan panduan tentang pengurusan kewangan dan hutang.
pemilihan Ryan Deedat sesuai dengan kempen yang dibawakan Lulus.my dengan memilih Edutainment sebagai kaedah masa kini untuk memberi informasi yang berguna pada pelanggan.
"Dengan Ryan Deedat sebagai duta jenama, kami yakin akan terus menyediakan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan yang dihargai. Kami menantikan perkongsian baharu ini dan kemungkinan menarik yang dibawanya.
"Edutainment merupakan satu kaedah baharu yang sering diguna pada masa kini untuk memberi informasi yang berguna pada pelanggan.
"Dengan adanya edutainment ini, ia boleh membantu lebih ramai pelanggan yang gemar mengunakan media social sebagai tempat untuk mendapatkan infomasi.
"Bukan sahaja itu, Malah Ryan juga merupakan pelajar sarjana pengurusan perniagaan jadi beliau mempunyai pengetahuan tentang ilmu dalam kewangan. Ini dapat menbantu masyarakat untuk mengetahui lebih banyak tentang ilmu kewangan," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.