Pelawak dan pengacara Ali daripada kumpulan Puteh, bersyukur apabila hajat emaknya untuk menunaikan ibadah Umrah terlaksana pada tahun ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ali berkongsi kisah dia sekeluarga sepatutnya menunaikan ibadah umrah pada tahun 2016 tetapi ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"2016 kami sudah bersedia untuk ke tanah suci sekeluarga, tapi apakan daya belum seru untuk ke sana.

"Di tipu dengn macam-macam benda dan duit melayang hampir 50k tapi tak mengapa Allah maha adill. Walaupon saya tak dapat kesana lagi tapi hajat mak nak kesana tercapai.

2016 kami sudah bersedia untuk ke tanah suci sekeluarga.. Tapi ape kan daya belom seru untuk ke sana... Di tipu dengn mcm2 bende dan duit melayang hampir 50k...tapi xpe... Allah maha adill... Walaupon sy xdpt kesana lagi... Tapi hajat mak nk kesana tercapai... Mak berangkat dengn abam ketanah suci menunaikan umrah... Selamat pergi dan pulang... Sayu hati kerana tak dpt bersama kesana dengan emak.... Tapi yg penting hajat mak termakbul.... Alhamdulillah... Tq abam capaikan hajat mak kesana... Insyaallah ade rezeki kite sekeluarga kesana lagi... Insyaallah...

A post shared by ALIPUTEH MAHARAJALAWAKMEGA2018 (@syedaliputeh) on


"Mak berangkat dengn Abam ke tanah suci menunaikan umrah. Selamat pergi dan pulang. Sayu hati kerana tak dapat bersama kesana dengan emak.

"Tapi yang penting hajat mak termakbul. Alhamdulillah. Thank you Abam capaikan hajat mak kesana. Insyaallah ada rezeki kita sekeluarga kesana lagi. Insyaallah," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan agar hajat mereka sekeluarga untuk menunaikan ibadah Umrah bersama-sama akan tercapai nanti.