Laman Utama

"2023 Tahun Terbaik Untuk Luaskan Fenomena Selepas SWIPE" - ALYPH Yakin Lancar Lagu Baharu CHECK!

gempak
Amri Hassan
08/02/2023
12:55 MYT
Sponsor Banner
"2023 Tahun Terbaik Untuk Luaskan Fenomena Selepas SWIPE" - ALYPH Yakin Lancar Lagu Baharu CHECK!
Selepas kejayaan lagu SWIPE, artis rap serba boleh dari Singapura ALYPH kembali di tahun baharu ini menerusi lagu CHECK!
‘CHECK’ merupakan sebuah lagu yang ALYPH harap dapat mengingatkan orang ramai untuk sentiasa ‘check’ atau memeriksa diri sendiri.
"Untuk melaksanakannya bukanlah dengan menetapkan segalanya di dalam ‘kepala’ sendiri – tapi anda juga harus memastikan persekitaran, tenaga dan orang di sekeliling anda sama-sama searah dan sependapat," ujarnya.

SWIPE paling berjaya!

Tidak dinafikan, belum ramai artis hip-hop Asia Tenggara yang sudah mengecapi loncatan kerjaya seperti ALYPH.
SWIPE telah mencipta suatu fenomena serantau saat ia dilancarkan – lagu itu telah mengumpul lebih tujuh juta putaran di YouTube dan lima juta penstriman di Spotify. Dan ia bukanlah semata-mata kerana kualiti lagunya yang hebat tetapi juga rentaknya yang rancak.
Semestinya, ia menjadi fenomena tular di platform TikTok, sehingga menjadi inspirasi para selebriti serta ahli poiltik yang mengikuti trend di aplikasi itu.
CHECK sebuah lagu yang bukan sahaja mempunyai harapan berdasarkan keyakinan dari ‘SWIPE’, ia mengalir dengan penuh pesan kebijaksanaan serta penilaian yang datang bersama bertahun-tahun pengalaman yang sudah dikumpul ALYPH dalam berkarya.
Dengan rentak trap yang bernuansa kelam namun kemas, ALYPH berkongsi senarai semakan mental yang memastikan fikirannya sentiasa berada di tempat yang betul.
Rentaknya mengalir mudah – sambil dirinya cuba memastikan atau ‘check’ teman-teman disampingnya, suasana persekitaran dan juga refleksi sendiri lelaki di dalam cermin, lagu ini mengingatkan bahawa risiko bahaya itu sentiasa ada, jadi dia tidak boleh tersilap langkah.

CHECK dicipta sebelum SWIPE

‘CHECK’ ditulis lama sebelum ‘SWIPE’ dihasilkan – seolah-olah ALYPH sudah dapat melihat kejayaan lagu SWIPE yang bakal menjana kecemerlangan lagu CHECK pula.
ALYPH juga tahu cara mengumpulkan pasukan yang sesuai untuk setiap projeknya – selepas bertahun-tahun bekerjasama dengan ramai bintang, keputusan ALYPH bergerak solo berjaya menampilkan sisi terbaiknya selain mempertajamkan lagi bakatnya di bawah bimbingan dan persahabatan pihak lain.
"Kini, saya hanya bekerja keras untuk menyiapkan sebanyak lagu yang sempat dengan setiap peluang yang ada.
"2023 adalah tahun terbaik untuk memperluaskan fenomena yang telah dicipta melalui ‘SWIPE’. Lagipun, ada album yang sedang disiapkan – sebuah album yang akan menampilkan lagu-lagu yang mudah dinikmati namun, tetap mempunyai maksud yang dalam tentang erti kehidupan.
"Karya-karya saya lebih konsisten sekarang dan saya harap ia akan membawa kepada sebuah projek di hujungnya. Saya perlu membina katalog saya sendiri – ia memerlukan kerja yang banyak!" tambahnya.
Untuk menghasilkan karya muzik yang berterusan ia memerlukan kerja yang banyak – semestinya ia harus dilaksanakan dengan fikiran yang tenang dan tenaga yang wajar.
Kejayaan ‘SWIPE’ hanyalah sekadar satu pengesahan, namun kerja tetap bersambung.
"Kadangkala ini membantu saya untuk mengetahui bahawa saya sedang melakukan sesuatu yang betul," katanya.
CHECK kini boleh distrim di semua platform digital. Video muzik lagu ini boleh ditonton di YouTube bermula 10 Februari, jam 9 malam.  
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024