,
Berita

21 Jalan Utama Di Putrajaya Ditutup 6 Jam Sempena Raptai Hari Kebangsaan

Gempak
21/08/2024
02:40 MYT
Sebanyak 21 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 27 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaan.

Ditutup Selama 6 Jam

Menurut infografik di Facebook Merdeka360, iaitu laman rasmi maklumat berkaitan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia memaklumkan, penutupan 21 jalan tersebut akan bermula pada jam 5 hingga 11 pagi setiap hari sehingga 29 Ogos.

Antara jalan yang terlibat ialah Laman Perdana, Lebuh Wawasan dan Lebuh Bestari (arah Jalan Tun Abdul Razak), Jalan P2K, Jalan Pembangunan, Jalan P3C, Jalan P3F, Jalan P4B serta Lingkaran Gemilang1 (arah Persiaran Perdana).

Sementara itu, pada 30 dan 31 Ogos pula, terdapat 10 lagi jalan utama sekitar Putrajaya ditutup, bermula dari jam 7 petang sehingga sambutan Hari Kebangsaan selesai.
Laluan yang terlibat termasuk Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (arah Lebuh Saujana), Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (arah Lebuh Wawasan), Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah susur ke Laman Perdana, Jalan Presint 18 (arah Lebuh Bestari), Jalan Presint 18, Lebuh Setia dan Lebuh Saujana (arah Jalan Tun Hussein) serta Jalan Presint 5 (arah Lebuh Gemilang Perdana).
Justeru, pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan untuk perjalanan yang lancar dan selamat.
Senarai penuh penutupan jalan terlibat boleh disemak menerusi pautan https://www.facebook.com/share/jpXhCx5yM67GqwqP/?mibextid=CTbP7E
Selain itu, orang ramai boleh melayari laman sesawang Merdeka360 di www.merdeka360.my atau mengunjungi laman media sosialnya di Facebook, Twitter dan juga X, bagi memperoleh maklumat lanjut berkaitan sambutan Hari Kebangsaan.
Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Berita

"Selamat Ulang Tahun Ke-25 Kak Ngah" - Bapa Arwah Nurin Jazlin Masih Rindu Pelukan Anak, Percaya Masih Hidup

gempak
11/09/2024
07:55 MYT
17 tahun berlalu, kisah kematian tragis kanak-kanak perempuan Nurin Jazlin Jazimin masih basah dalam ingatan rakyat Malaysia.
Sukan

Suasana Meriah Rai Kepulangan Wira Wirawati Paralimpik Paris 2024

gempak
11/09/2024
07:45 MYT
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sekali lagi bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan tanah air ketika menyambut kepulangan barisan atlet para yang menggalas harapan negara di Sukan Paralimpik Paris 2024, malam tadi.
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.
Viral

"Tak Tahu Kaki Patah, Saya Tengok Perarakan Sampai Tamat"

gempak
03/09/2024
10:42 MYT
Beberapa jam sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2024, seorang wanita tidak menyangka mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat terjatuh.