Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“21 Julai Ini Semua Akan Didedahkan, Saya Dah Cari Tempat Yang Selamat…” – Caprice Diugut?

Fiza Kamarudin
16/07/2021 10:15 MYT
Beberapa hari lalu penyanyi rap Caprice menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG) memberitahu, bakal membuat pendedahan penting.

Hantaran tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet terutama pengikutnya di IG.

Tambahan lagi apabila Caprice memberitahu dia sudah mencari tempat yang selamat untuk membuat siaran langsung.

Caprice turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, namun terpaksa melakukannya (pendedahan) demi kebaikan dan masa depan semua.

“I found a safe place to do the LIVE.. Check my stories dan caprice nak minta maaf awal-awal dekat Malaysia. But this is for our future and the future of the ummah. Sayang Malaysia,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen pada hantaran yang mendapat tanda suka sebanyak 122 ribu itu, ramai berkongsi rasa teruja, pada masa sama tidak sabar untuk mengetahui apa yang bakal dikongsi Caprice.

Namun ada juga yang meluahkan rasa bimbang dengan tindakan berani Caprice itu.

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Bagaimanapun menerusi ruangan IG Story yang dimuatnaik hari ini, Caprice telah memuat naik beberapa hantaran termasuk yang menggambarkan dirinya seolah-olah diugut sekiranya pendedahan dilakukan.

“Tembak dan ugut all you want bro, 21 Julai ini satu Malaysia dengan orang Gaza sendiri akan bagitahu siapa berak dekat rumah orang dan lupa nak cuci. Siapa yang menghalang dan siapa yang acah pejuang,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Setakat ini, menerusi pemerhatian Gempak, Caprice masih berpegang teguh pada pendirian dan janjinya.
#Viral #Caprice #Kena Ugut #Pendedahan
;