,
Laman Utama

213 Mangsa Insiden LRT Akan Terima Bantuan Khas Sebanyak RM1,000

Awani
25/05/2021
07:24 MYT
Prasarana Malaysia Bhd akan memberi bantuan khas berjumlah RM1,000 setiap seorang bagi semua 213 mangsa yang terlibat dalam nahas pertembungan LRT malam tadi.
Pengerusinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, bantuan itu akan diberikan kepada semua individu tanpa mengira tahap kecederaan yang dialami.
"Selain itu, kita juga akan memberi bantuan khas kepada mereka yang dimasukkan ke hospital termasuk menanggung kos perubatan, rawatan susulan dan sebagainya, sejak mula masuk hingga pulih semula.
"InsyaAllah, kita akan memberi sokongan perubatan kepada semua mereka, iaitu seramai 64 orang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bagaimanapun, jumlah bantuan khas kepada mereka yang dimasukkan ke hospital adalah bergantung kepada setiap kes.
Selain itu, Tajuddin turut memaklumkan bahawa pihak Prasarana juga akan memberi bantuan kepada mereka yang hilang pendapatan disebabkan oleh kemalangan itu.
"Kami sangat prihatin kepada nasib keluarga mereka, yang ramai anak dan sebagainya. Jadi kita akan bantu kelangsungan hidup sehingga dia boleh kerja seperti biasa," katanya.
Dalam kejadian pada pukul 8.45 malam tadi, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya.
Kejadian berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru, melibatkan satu tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

gempak
22/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengimbas kembali kenangan diawal perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Bila Rasa Menjadi Kuasa! Makania Musim 2 Lebih Lazat, Lebih pedas

gempak
22/11/2024
21:06 MYT
Pengembaraan animasi tempatan yang berkisar tentang dunia masakan dan hubungan kekeluargaan iaitu Makania kini kembali dengan musim kedua.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Yayasan RI Salur Dana Pembangunan Ummah Kepada UM, USIM

gempak
22/11/2024
18:45 MYT
Memikirkan menjadi tugasnya berkongsi ilmu dan merintis usaha pembangunan ummah, Datuk Rizalman Ibrahim merintis kerja-kerja dakwah di bawah payung Yayasan Rizalman Ibrahim (Yayasan RI) yang diasaskannya.
Unitar