Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

22 Tahun Derita & Sering Cederakan Diri Sendiri, Bekas Ratu Cantik Negara Kini Dalam Proses Pemulihan - “Bun*h Diri Tidak Pernah Jadi Pilihan”

Khairil Khusyairi
12/11/2024 21:55 MYT
Model dan bekas ratu cantik negara, Shakila Saiful memaklumkan dia kini dalam proses pemulihan di hospital disebabkan masalah kesihatan mental.

Bukan Promosi Bunuh Diri

Menurut Shakila atau nama sebenarnya, Nor Shakila Mohammad Saiful Islam, 28, dia juga menolak dakwaan sengaja mempromosikan bunuh diri sebaliknya hanya memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Saya memutuskan untuk meninggalkan ini di sini, untuk berkongsi cerita saya. Bukan untuk mempromosikan bunuh diri tetapi banyak lagi untuk menggalakkan kesedaran.

“Catatan terakhir saya ialah "Saya telah menderita selama 18 tahun sejak saya berumur kira-kira 6 tahun. Sehingga kini. Ini adalah yang terakhir. Saya tidak dapat meneruskannya lagi.

“Saya kini dalam pemulihan di Hospital Kajang. Cukup-cukuplah. Berapa banyak yang boleh diambil oleh satu hati.

"Saya dah bosan meletakkan topeng palsu dan tersenyum kepada semua orang memberitahu mereka bahawa semuanya baik-baik saja sedangkan pada hakikatnya, saya mati sedikit demi sedikit,” kongsinya.

Berdepan dengan pelbagai penderitaan, Shakila yang juga bekas menantu kepada tokoh ASWAJA, Ustaz Engku Fadzil itu sedar memilih untuk mengakhiri hidup akibat masalah kesihatan mental bukanlah sesuatu pilihan.

“Selepas saya dihantar ke pemulihan, ia membuka fikiran saya apabila saya lihat lebih ramai orang yang kebetulan lebih menderita daripada saya.

“Ketika itulah saya sedar saya bukan seorang sahaja. Bunuh diri tidak pernah menjadi pilihan dan ia tidak pernah menjadi penyelesaian. Tuhan menguji kita dengan pelbagai cara untuk menjadikan kita lebih kuat kerana dia mengasihi kita.

“Saya di sini hari ini, menjadi suara bagi mereka yang tidak bersuara. Saya terselamat daripada apa yang saya fikir akan membunuh saya dan saya di sini untuk mengatakan bahawa anda tidak bersendirian. Tidak kira apa yang berlaku, kita semua dalam ini bersama-sama. Kemurungan datang dalam pelbagai rupa dan bentuk.

“Seseorang mungkin kelihatan gembira di luar tetapi anda tidak pernah tahu betapa mereka menderita di dalam,” tulisnya.

Terdahulu, mahkamah mendapati Shakila berjaya membuktikan kes terhadap Engku Fadzil dan Engku Fakhruddin (bekas suami). Kedua-dua mereka perlu membayar gantirugi sebanyak RM80,000 kepada Shakila.

Pada tahun lalu, Shakila membuat pendedahan mendakwa dirinya ditipu dalam perkahwinannya selepas mengaku pernah menggugurkan janin kembarnya yang ketika itu berusia sebulan di dalam perut hasil persetubuhan luar nikah.

Dedah Shakila, dia melakukan perbuatan itu selepas dipujuk oleh keluarga suami dengan alasan fatwa di dua buah negeri menghalalkannya (gugurkan kandungan).

Dia dan suami berkahwin pada 22 Mei 2022 sebagai janji menggugurkan janin itu.

Mengulas lanjut, Shakila memberitahu, selepas enam bulan berkahwin, dia telah mengalami keguguran (kandungan selepas nikah).

Menurut doktor yang merawatnya, dia telah mengalami ‘chemical pregnancy’ yang merupakan kesan kepada pembuangan kandungan pernah dilakukan sebelum ini.

Namun, lapan hari selepas mengalami keguguran, suaminya telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah atas alasan tidak munasabah sama sekali.

Gara-gara tindakan suaminya itu, dia telah mengalami depresi yang sangat teruk sehingga pernah membuat cubaan membunuh diri sebelum ini.

Shakila di dalam keterangan beliau di mahkamah mengatakan bahawa cerita beliau di media sosial adalah cerita yang benar, berasaskan kisah sebenar yang berlaku terhadap dirinya, beliau lalui sendiri dan bukannya fitnah kepada Engku Fadzil atau Engku Fakhruddin.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Ratu Cantik Negara Syukur Menang Kes Saman Bapa Mentua Yang Juga Tokoh ASWAJA - “Hanya Allah Yang Tahu Betapa Sakitnya Di Tangan Mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Kalah Kes Saman Fitnah Terhadap Bekas Menantu, Ustaz Engku Fadzil Buka ‘Tabung’ Kutip Sumbangan - "Kesemuanya RM65,000"

ARTIKEL BERKAITAN: Menang Kes Mahkamah, Shakila Saiful Bawa Diri - "Saya Berhijrah Ke Tempat Lain Untuk Pulihkan Hati, Jiwa & Minda"

#Bunuh Diri #Kesihatan Mental #Pemulihan #Bekas Ratu Cantik Negara #Shakila Saiful #Ustaz Engku Fadzil #Aswaja
;