225 Waktu Tayang Sold Out! Penonton Serbu Pawagam Beli Tiket ALF2

Amri Hassan
Ogos 27, 2017 05:23 MYT
Filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) benar-benar mencipta fenomena apabila tiket wayang untuk 225 buah slot tayangan di 120 pawagam seluruh negara habis dijual semalam!
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengarah filem itu, Syafiq Yusof menerusi akaun media sosial Instagramnya malam tadi.
Keterujaan untuk menyaksikan filem sekuel selepas Abang Long Fadil itu turut sama dikongsikan penonton di media sosial Twitter dan Instagram.
Rata-ratanya menyatakan sokongan dengan membeli tiket wayang filem itu dan memuji kualiti ALF2.
"Jangan samakan ALF2 dengan filem sebelum ini. Memang lain! Serius. Jalan cerita, lawak dan babak berlawan yang menarik dan padu," tulis @ucp96 yang memberikan ranking 9 daripada 10 untuk filem ALF2.

ni thread pasal Abang Long Fadil 2 ..rate 9/10 ??? support filem tempatan gais pic.twitter.com/K3DV7ywcX8

— Ucupha (@ucp96) August 23, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Abang Long Fadil 2 aku beri lebih daripada 100 peratus," tulis @wakdodot_.
ALF2 mengisahkan perjalanan hidup Fadil yang mahu berhenti daripada dunia gangster namun terjerumus dalam dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.
Filem sarat aksi dan komedi itu dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Achey, Shuib, Tania Hudson dan A Galak.
Teks oleh: Amri Hassan