23 Warga Emas Maut Selepas Suntik Vaksin, Kerajaan Arah NRPA Supaya...
18/01/2021 05:56 MYT
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengeluarkan arahan berkenaan susulan laporan kematian 23 individu di Norway selepas disuntik vaksin COVID-19 itu.
"Saya telah arahkan NPRA untuk menilai laporan tersebut.
“Buat masa ini saya belum ada sebarang perincian lagi," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.
Untuk pengetahuan, 23 warga emas meninggal dunia dalam waktu singkat setelah menerima suntikan vaksin coronavirus pertama mereka di Norway.
Jumlah itu termasuk 13 kematian yang dilaporkan berkait ‘kesan sampingan’ selepas menerima suntikan vaksin.
Difahamkan, antara tindak balas biasa termasuk rasa mual dan demam.
Semua 13 pesakit yang mengalami kesan sampingan itu adalah pesakit di rumah-rumah penjagaan dan berumur sekurang-kurangnya 80 tahun.
Pegawai-pegawai perubatan tidak menunjukkan kebimbangan tetapi sedang menyelaras garis panduan berkait siapa seharusnya menerima vaksin itu.
Gambar : AFP/Astro Awani