Seramai 239 saintis dari 32 buah negara mendakwa menemui bukti koronavirus SARS-CoV-2 dalam partikel kecil di udara yang boleh menjangkiti manusia.

Kumpulan saintis tersebut mendesak WHO menyemak semula kenyataan tersebut selepas penemuan terbaru itu.

WHO bagaimanapun sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung saranan saintis ini.

Sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa virus punca penyakit COVID-19 itu hanya merebak dari individu ke individu lain menerusi titisan cecair badan dari hidung atau mulut.

WHO juga menegaskan virus tersebut hanya tersebar apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin atau bercakap.

WHO membuat kenyataan itu berdasarkan hasil keputusan satu kajian eksperimentasi bagi menilai tahap penularan dan keagresifan virus itu oleh saintis antarabangsa yang diterbitkan di dalam New English Journal Medical (NEJM) 2020.

Agensi itu sebelum ini turut memaklumkan dakwaan koronavirus merebak menerusi udara adalah tidak meyakinkan.

Sumber: Astro Awani