Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

25 Tahun Berpisah, Brad Pitt & Gwyneth Paltrow Masih Saling Sayang

Maliah Surip
16/06/2022 05:42 MYT
Bintang terkenal Hollywood, Brad Pitt dan aktres Gwyneth Paltrow mengejutkan peminat dengan pengakuan cinta mereka.

Pitt dan Paltrow yang pernah bertunang dan putus lebih sedekad lalu mengakui masih saling menyayangi di antara satu sama lain.

Pengakuan tersebut dibuat sewaktu keduanya duduk berbicara dan disiarkan dalam Paltrow’s Goop site, baru baru ini.

Saat itu mereka bercakap mengenai topik Hari Bapa dan Paltrow mengenang tentang mendiang bapanya, Bruce Paltrow yang meninggal dunia kerana barah pada tahun 2002.

“Saya tidak akan lupa sewaktu kita masih bertunang dan dia (bapa) berkata kepada saya ‘anda tahu saya tidak pernah sedar saya tiba tiba akan mempunyai anak lelaki. Ya saya akan punya anak lelaki.

“Apa yang telah anda lakukan kepadanya? Kenapa dia menyayangi anda walaupun kita tak jadi berkahwin?”luah Paltrow seperti dilaporkan CNN.

Pitt kemudian menyambut persoalan tersebut dengan ketawa dan berkata: “Semuanya nampak menjadi bukan?”sebelum Paltrow membalas dia akhirnya menemukan Brad (Pitt) biarpun perlu menunggu lebih 20 tahun.

“Dan amat menyenangkan kerana memiliki anda sebagai sahabat. Dan saya sayangkan anda,” kata Pitt lagi.

“Saya menyayangi anda juga,” balas Paltrow secara spontan.

Pasangan selebriti ini pernah bercinta pada tahun 1994 selepas bertemu sewaktu berlakon dalam filem Se7en.

Mereke bertunang pada 1996, namun mengambil keputusan berpisah beberapa bulan.

Pitt kemudian berkahwin dan bercerai dengan aktres Jennifer Aniston serta Angelina Jolie, sementara Paltrow juga berkahwin dan berpisah dengan vokalis Coldplay, Chris Martin.

Paltrow berkahwin semula dengan seorang penerbit, Brad Falchuk pada 2018 sementara Pitt masih bergelut dengan masalah bersama Jolie biarpun telah beberapa tahun bercerai.
#Brad Pitt #Gwyneth Paltrow
;