,
Viral

26 Penjaja Gerai Singgang Kampung Baru Pindah Lokasi Baharu

Awani
19/01/2024
08:51 MYT
Seramai 26 penjaja gerai singgang di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Kampung Baru di sini akan berniaga di lokasi baharu iaitu Medan Selera Singgang MADANI@Batu Bata, Titiwangsa.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan kerja-kerja meroboh deretan gerai di lokasi asal akan dilaksana pada 22 Jan depan dan pihaknya telah mengeluarkan notis pemakluman pengosongan tapak itu sejak Oktober tahun lepas.
Menurut DBKL, notis itu menghendaki setiap penjaja mengosongkan tapak selewat-lewatnya 31 Dis tahun lepas dan notis peringatan pula telah dikeluarkan pada awal Januari tahun ini.
"Lokasi gerai baharu dilihat akan memberi lebih keselesaan kepada penjaja dan pengunjung disebabkan lokasi gerai asal adalah bersebelahan dengan pusat sementara penyembelihan ayam yang boleh menimbulkan bau kurang menyenangkan kepada pengunjung ditambah keadaan kebersihan di sekitar kawasan perniagaan yang tidak memuaskan.
"Tapak tersebut juga terbabit dengan pelaksanaan projek pelebaran jalan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut beberapa sesi libat urus antara pihak DBKL dengan penjaja gerai ikan singgang telah diadakan sejak 2021 bagi membincangkan insentif dan tawaran kepada mereka untuk memastikan kelangsungan perniagaan setelah berpindah ke lokasi baharu.
Menurut DBKL, antara insentif itu ialah pengecualian sewaan selama tiga bulan selepas berpindah ke Medan Selera Singgang MADANI@Batu Bata dan pengindahan serta pencahayaan di laluan pejalan kaki dari Stesen LRT Titiwangsa ke medan selera bagi tujuan keselamatan khususnya pengunjung gerai.
Untuk rekod, lokasi baharu itu dahulu dikenali dengan Medan Selera Damai@Batu Bata namun pertukaran nama iaitu Medan Selera Singgang MADANI@Batu Bata dibuat bagi mengekalkan jenama ikan singgang yang merupakan lokasi utama peminatnya di ibu negara.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wajah Penyanyi, Identiti 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

gempak
08/11/2024
00:55 MYT
Berita penangkapan seorang penyanyi dikir barat terkenal dari Kelantan ditangkap bersama lima rakan kerana memiliki 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu turut mendapat liputan media massa Thailand.
Viral

Anak Muda Kelantan 'Banjiri' Golok Untuk Berhibur - "Hari Biasa Ramai, Hujung Minggu Lagi Ramai"

gempak
05/11/2024
01:57 MYT
Polis Kelantan mendedahkan Pekan Golok, Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand menjadi 'pusat hiburan' kepada rakyat Serambi Makkah terutama anak muda pada hujung minggu.
Hiburan

Nama Dipetik Terkait Kes Penahanan Pil Kuda di Thailand, Idayu Tampil Pertahankan Diri - "Ramai Betul Yang Tag Kita…"

gempak
03/11/2024
04:55 MYT
Penyanyi, Idayu menafikan dakwaan dirinya antara yang ditahan oleh polis kerana disyaki memiliki ribuan pil kuda di Sungai Golok,Narathiwat, Thailand.
Hiburan

Penyanyi Wanita Terkenal Kelantan Ditahan Bersama Pil Kuda?

gempak
02/11/2024
06:20 MYT
Seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pagi semalam.
Hiburan

"Saya Tak Boleh Menjanda Lama-Lama" - Ina Naim Nikah Semula Demi Anak-Anak

gempak
31/10/2024
09:20 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad yang juga penyanyi, Ina Naim memberitahu dirinya tidak boleh bersendirian dan perlukan teman hidup demi anak-anak.
Unitar