Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“27 - 29 Jam Penerbangan..” - Mimi Fly Pulang Ke Kampung Kekasih Di Amerika Syarikat, Dapat Gelaran Rihanna Malaysia

Azwa Rahman
21/08/2022 08:17 MYT
Penyanyi Mimi Fly pulang bersama buah hati tercinta, Antonio Rozier, ke kampung halamannya yang terletak di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

Menerusi laman sosial Instagram, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 36, berkongsi foto kenangan sewaktu kunjungannya ke negara itu untuk tatapan umum.

Difahamkan anggota kumpulan One Nation Emcees itu telah berada di Dallas sejak awal Ogos yang lalu.

“9692 batu sama dengan 15598 kilometer sama dengan 27-29 jam penerbangan. Kesimpulannya, adventure. Itu adalah perkara Aquarius dan Sagittarius,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Mimi yang sudah mengenali jejaka tersebut hampir dua tahun lalu dan kini sedang dalam fasa mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam.

Menerusi beberapa perkongsian berbentuk hantaran foto, Mimi sempat meneroka beberapa tempat menarik di Dallas seperti Downtown Dallas, Dallas Farmers Market dan bermacam lagi.

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan Mimi yang kini mengenakan rona ungu pada rambutnya.

Malah, ada wargamaya yang turut menggelarkannya sebagai Rihanna Malaysia.

“Awak nampak berseri lain macam di sini, cantik!” puji seorang wargamaya.

“Saya suka rambut ungu awak,” kata seorang wargamaya.

“Rihanna Malaysia,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir ribuan tanda suka daripada pengikutnya.

Pada April lalu, Mimi mendedahkan menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan seorang jejaka kulit hitam yang merupakan doktor pakar tulang belakang.
#Mimi Fly #Dallas Texas #Kekasih Mimi Fly