,
Hiburan

27 Tahun Bergelar Pelakon, Rita Rudaini Bersyukur Menang Anugerah Aktres Pembantu TV Popular - “Alhamdulillah, Sampai Sekarang Orang Kenal Saya”

Firdaus
12/10/2024
05:07 MYT
Hampir tiga dekad dalam industri hiburan, pelakon Rita Rudaini mencipta sejarah apabila pertama kali merangkul trofi di Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular.

Luah Rasa Gembira

27 tahun bergelar anak seni, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, meluahkan rasa gembira kerana namanya masih diingati walaupun sudah tidak aktif di televisyen atau layar perak.

"Saya gembira nama masih relevan...

"Ini adalah rezeki setelah hampir tiga dekad dan rezeki bawa anak-anak pada malam ini. Memang menggigil juga tadi (semalam).
"Semua 'top 5' hebat-hebat, sebab itu bila nama saya lolos ke 'top 10' sebelum ini saya terkejut.
"Apa-apa pun memang atau kalah semuanya adalah rezeki, yang penting saya gembira nama masih relevan," katanya.
Dalam pada itu, aktres Mami Jarum tersebut tidak terasa hati tidak memenangi anugerah sebelum ini, namun tetap berusaha untuk kekal relevan dalam dunia seni.
"Secara peribadi, lakonan adalah jiwa dari saya mula sehinggalah sekarang walaupun tidak pernah menang.
"Tetapi saya okey sahaja sebenarnya. Memang itu bonus cuma saya paling takut kalau nama saya dilupakan.
"Alhamdulillah, sampai sekarang orang kenal saya daripada budak kecil sampai orang muda disebabkan impak Mami Jarum,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Sudah Jangka Menang, Senario Sepakat Beri Trofi Artis Komedi Popular Kepada Keluarga Hamdan - “Kami Sudah Dapat Agak Memang Akan…”

​BERITA TRENDING: Dinobat Sebagai Pemenang Bintang Popular, Aina Abdul Akui Pengorbanan 10 Tahun Berbaloi - “Perjalanan Karier Saya Tak Mudah”

​BERITA TRENDING: KJ Raih Anugerah Penyampai Radio Popular - “Do Your Best, Allah Will Do The Rest”

​BERITA TRENDING: Hormat Permintaan Ibu, Aina Abdul Tak Gayakan ‘Fesyen Pelik’ - “Saya Mahu Semuanya Kelihatan Tenang”

Sekadar info, Rita berjaya meraih trofi Aktres Pembantu TV Popular sekali gus menewaskan Alya Iman, Amyza Aznan, Bella Hanna dan Puteri Sarah Liyana.
Impak lakonan dalam drama Kerasnya Takdir dikatakan menjadi faktor undian peminat terhadap Rita yang menyertai program pencarian bakat, Dewi Remaja edisi 1998/1999.
Sebelum ini, Rita pernah tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular pada 2003 dan 2006.
Dia turut menerima pencalonan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular empat tahun berturut-turut iaitu pada 2005, 2006, 2007 dan 2008.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Kritik Penampilan Alya Iman Datang Anugerah - “Kenapa Pakai Baju Nampak Lurah?”

gempak
12/10/2024
06:55 MYT
Pelakon Alya Iman mencuri tumpuan ramai apabila hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 malam tadi.
Hiburan

Azhan Rani Dedah Pertama Kali Datang Anugerah Selepas Nama Bolos Top 5 - “Harap Tak Tua Sangat Aku Untuk…”

gempak
12/10/2024
06:25 MYT
Pelakon serba boleh, Azhan Rani mengakui menerima undangan untuk menghadiri acara anugerah buat pertama kalinya sepanjang bergelar anak seni.
Hiburan

Sudah Jangka Menang, Senario Sepakat Beri Trofi Artis Komedi Popular Kepada Keluarga Hamdan - “Kami Sudah Dapat Agak Memang Akan…”

gempak
12/10/2024
04:10 MYT
Dipilih menjadi pemenang ArtisKomedi Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36, kumpulan Senario mengambil kata sepakat menyerahkan trofi tersebut kepada keluarga rakan seperjuangan mereka iaitu Allahyarham Hamdan.
Hiburan

Dinobat Sebagai Pemenang Bintang Popular, Aina Abdul Akui Pengorbanan 10 Tahun Berbaloi - “Perjalanan Karier Saya Tak Mudah”

gempak
12/10/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul mengakui tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 selepas meraih 8,882,662 undian daripada peminat.
Hiburan

“Rasa Diri Ini Sangat Kecil” - Lepas 24 Tahun Baru Aedy Ashraf Dapat Trofi Pertama! Hormati Pekin Sebagai Senior

gempak
12/10/2024
00:55 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf tidak tidak menyangka akhirnya berjaya merangkul anugerah Aktor Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-36 (ABPBH36) yang berlangsung pada Jumaat.
BorakSeeni