27 Tahun Berkahwin, Hugh Jackman Lalui Masa Sukar Lepas Bercerai
Maliah Surip
19/09/2023 13:49 MYT
19/09/2023 13:49 MYT
Aktor Hugh Jackman pertama kali memberi respon terhadap berita penceraiannya bersama isteri, Deborra-lee Furness.
Mereka secara bersama mengumumkan bercerai selepas 27 tahun berkahwin, baru-baru ini.
Sejak pengumaman tersebut dibuat, Bintang The Wolverine itu belum memberi kenyataan lanjut.
Namun baru-baru ini Jackman telah membalas pertanyaan paparazi sewaktu merakam gambarnya selepas bercerai.
Meski berasa kurang selesa untuk memberi kenyataan kerana ditanya saat dia sedang berjalan, Jackman tetap menjawab dengan sopan.
“Saya fikir ini bukan masa yang sesuai untuk memberi kenyataan. Tapi saya sangat hargainya. Saya melalui waktu sukar,” ujar Jackman ringkas seperti dilaporkan TMZ.
Sebelumnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pasangan tersebut mengumumkan akan membawa haluan masing-masing selepas berkahwin selama 27 tahun.
“Kami sangat bersyukur kerana dapat hidup bersama hampir tiga dekad sebagai suami isteri dalam perkahwinan yang hebat dan penuh cinta.
“Namun kini perjalanan kami sudah berubah dan kami memutuskan untuk berpisah sekaligus mencapai impian masing-masing.
“Keluarga akan sentiasa menjadi keutamaan. Kami amat berharap semua pihak memahami keadaan dan menghormati kami buat masa ini,” tulis kenyataan tersebut.
Pasangan tersebut memiliki sepasang anak iaitu Oscar, 23, dan Ava, 18.